5 buah ini bantu tingkatkan daya tahan tubuh

5 buah ini bantu tingkatkan daya tahan tubuh

Terdapat banyak cara untuk menjaga daya tahan tubuh dan paling mudah adalah dengan makan buah yang sememangnya kaya dengan pelbagai nutrisi penting.

Oren dan lemon adalah antara buah yang kaya dengan vitamin C yang penting dalam membina sistem kekebalan tubuh. (Gambar Rawpixel)

Sistem imun sangat penting dalam melawan sebarang serangan penyakit kepada tubuh. Apabila daya tahan menjadi lemah, serangan mikro organisma seperti bakteria dan virus akan membuatkan anda cepat menjadi sakit.

Dalam keadaan pandemik ini, sistem pertahanan badan yang kuat amat penting.

Terdapat banyak cara untuk menjaga daya tahan tubuh ini seperti bersukan secara teratur, menjaga berat badan yang ideal, mendapat tidur yang cukup, tidak merokok dan minum minuman keras, kurangkan stres serta mengamalkan makanan bernutrisi seimbang.

Kajian mendapati, kekurangan mikro nutrien seperti seng, selenium, zat besi, tembaga, asam folat, serta vitamin A, B6, C, dan E membuat daya pertahanan tubuh menjadi lemah.

Beberapa sumber mikro nutrien tersebut juga banyak ditemui dalam makanan sehari-hari, termasuk buah yang sememangnya kaya dengan pelbagai sumber nutrisi.

Berikut adalah beberapa jenis buah yang mampu meningkatkan sistem imun tubuh.

1. Oren

Oren antara buah yang kaya dengan vitamin C. (Gambar Rawpixel)

Oren dan lemon adalah antara buah yang kaya dengan vitamin C yang penting dalam membina sistem kekebalan tubuh dengan cara meningkatkan pengeluaran sel darah putih.

Sel darah putih adalah kunci untuk memerangi infeksi.

Vitamin C amat penting untuk membina sistem imunisasi yang kebal. Vitamin C yang mencukupi akan memastikan anda tidak mudah diserang jangkitan kuman.

2. Betik

Selain baik untuk pencernaan, betik turut berupaya membantu menguatkan kekebalan tubuh. (Gambar Rawpixel)

Tidak hanya kaya dengan vitamin C, betik juga mengandungi enzim yang baik untuk pencernaan. Ia turut memiliki kesan anti peradangan. Betik juga mengandung potasium, vitamin B, folat, dan zat penting yang bermanfaat untuk tubuh.

Menurut kajian, daun betik boleh digunakan untuk merawat demam denggi dan jangkitan virus dari nyamuk. Kulit betik pula berupaya membantu penyembuhan luka. Ini kerana kulitnya sangat tinggi dalam papain.

Papain boleh digunakan untuk merawat jangkitan kulat dan virus pada kulit, seperti ketuat dan kurap. Ia membantu memusnahkan lapisan protin yang melindungi virus dan kulat terhadap serangan.

3. Kiwi

Buah kiwi membantu meningkatkan sistem kekebalan tubuh dan menentang penyakit. (Gambar Rawpixel)

Kiwi juga merupakan buah yang kaya dengan pelbagai nutrisi bermanfaat kepada tubuh. Kiwi mengandung folat, potasium, vitamin K, dan vitamin C yang baik untuk melawan infeksi.

Dengan beberapa kandungan nutrisi tersebut, makan buah kiwi merupakan salah satu cara meningkatkan daya tahan tubuh secara alami.

Selain baik untuk pencernaan, kehadiran vitamin C dalam buah kiwi membantu dalam meningkatkan sistem kekebalan tubuh dan menentang penyakit.

Melalui sebuah kajian yang diterbitkan dalam Jurnal Fisiologi dan Farmakologi Kanada menunjukkan bahawa buah kiwi memperkuatkan kekebalan dan mengurangi kemungkinan penyakit pilek atau selesema.

4. Blueberry

Blueberry kaya dengan antioksidan yang bertindak meningkatkan sistem kekebalan tubuh. (Gambar Rawpixel)

Buah beri berwarna biru gelap ini mengandung flavonoid yang disebut anthocyanin. Sebatian antioksidan ini dapat membantu meningkatkan sistem kekebalan tubuh seseorang.

Menurut hasil penelitian yang dilakukan pada 2016 mendapati, flavonoid berperanan penting dalam menjaga sistem imunitasi saluran pernafasan.

Kajian turut mendapati, mereka yang mengambil makanan kaya flavonoid seperti blueberry lebih jarang diserang infeksi saluran pernafasan.

5. Mangga

Mangga, salah satu sumber nutrisi membantu mempertahankan imunisasi tubuh. (Gambar Wikipedia)

Buah bermusim ini adalah salah satu sumber nutrisi hebat untuk menjaga sistem daya tahan tubuh. Satu gelas mangga bersamaan dengan 165 gram, mengandungi 10 peratus Vitamin A yang diperlukan tubuh sehari-hari.

Vitamin A penting untuk mempertahankan imunisasi tubuh yang sihat kerana ia membantu melawan infeksi.

Selain vitamin A, buah mangga juga kaya vitamin C, folat, vitamin K, vitamin E, dan vitamin B yang baik untuk daya tahan tubuh.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.