Pasangan warga emas ditemukan sebelum meninggal kerana Covid-19

Pasangan warga emas ditemukan sebelum meninggal kerana Covid-19

Menurut Chloe, mata ibunya terbuka dengan cerah sehingga boleh bercakap dengan ayahnya ketika tangan ayah menyentuh tangan ibunya.

Saat yang menyedihkan apabila Gerry dapat bertemu buat kali terakhir dengan isterinya Jarrett. (Gambar Twitter)

Sebuah hospital di luar negara telah mempertemukan pasangan warga emas yang sama-sama berjuang melawan Covid-19.

Gerry, 79 tahun dan isterinya Jarrett, 77 tahun dirawat dalam wad berasingan. Namun, setelah melihat keadaan Jarrett yang semakin membimbangkan pegawai perubatan membenarkan pasangan ini bertemu.

Pasangan warga emas tersebut lalu diberi kesempatan untuk mengucapkan perpisahan terakhir.

Anak perempuan mereka, Chloe Keljarrett, kemudian memuat naik gambar kedua ibu bapanya di Twitter dan berterima kasih kepada pegawai perubatan di Hospital Surrey Frimley Park kerana memberikan kesempatan tersebut.

“Terima kasih kepada staf (konsultan, ahli bedah dan HCA) di Hospital Surrey Frimley Park kerana membenarkan ayah melihat ibu untuk kali yang terakhir.

“Kami sempat mendapat satu atau dua jam tambahan sebelum nafas ibu kembali menjadi buruk dan pergi meninggalkan kami,” ujarnya.

Menurut Chloe, mata ibunya terbuka dengan cerah sehingga boleh bercakap dengan ayahnya ketika tangan ayah menyentuh tangan ibunya.

Pihak hospital pula berasa gembira dapat memberi keputusan terbaik kepada pesakit walau dalam waktu yang paling gentir sekali pun.

“Kami gembira staf kami dapat memberikan yang terbaik untuk anda dan keluarga anda,” ujar mereka.

Chloe Keljarrett mengatakan bahawa ayahnya telah menunjukkan tanda-tanda penyembuhan tetapi kerana dia masih mempunyai beberapa masalah kesihatan lain, proses pemulihan menjadi sedikit sukar.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.