
Kedutan bawah mata boleh disebabkan oleh banyak faktor seperti usia, tidur, terlalu lama melihat skrin komputer atau masalah genetik. Walaupun ia sukar dihilangkan sepenuhnya, senaman mata dapat membantu mengurangkannya.
Senaman V
Letakkan jari tengah pada ruang di antara kening, perlahan-lahan berikan tekanan ke sudut luar mata menggunakan jari telunjuk anda.
Kemudian, lihat ke atas perlahan-lahan dan mula gerakkan kelopak mata yang lebih rendah ke atas dengan membentuk juling yang kuat.
Berehat untuk seketika dan ulangi langkah ini selama enam kali. Tamatkan latihan dengan menutup mata selama sepuluh saat.
Senaman getaran (fluttering)
Tutup mulut anda. Kemudian bentuk O dengan mulut sambil tarik bibir atas dan bawah perlahan-lahan dari satu sama lain. Letakkan jari telunjuk mendatar atas kedutan di bawah mata dan lihat ke atas. Pastikan tutup mata selama tiga puluh saat.
Senaman peralihan
Pastikan kepala, leher dan muka berada dalam keadaan tetap. Kemudian arahkan mata untuk melihat ke sebelah kanan kemudian ke sebelah kiri. Lihat atas dengan memandang siling dan pandang ke bawah di lantai.
Kemudian, tutup mata selama 5 saat sebelum mengulangi senaman.
Selepas itu, buka mata seluasnya tanpa mengerutkan kening. Tumpukan pandangan pada titik di hadapan anda. Ambil masa tarik nafas dalam-dalam dan tutup mata anda hingga selesai.
Senaman mengelilingi
Letakkan jari telunjuk di luar kening anda. Ketuk di sekitar mata dengan gerakan lembut di atas kening terlebih dahulu. Kemudian biarkan jari melakukan perjalanan di bawah mata anda.
Ulangi pergerakan ini. Seterusnya, dengan jari telunjuk anda, perlahan-lahan usap pada kedutan di bawah mata dari hidung ke arah luar. Ulanginya empat kali.
Senaman “palming”
Ini adalah cara yang baik untuk menamatkan sesi senaman mata. Tutup mata anda untuk membolehkan ia berehat sambil menggosok kedua tapak tangan anda untuk menjana haba.
Kemudian, perlahan-lahan tekan tapak tangan yang dipanaskan ke atas mata untuk menyerap semua haba. Tarik nafas secara mendalam dan mantap. Apabila haba berkurangan, alihkan tapak tangan dan buka mata perlahan-lahan.
Senaman ini berfungsi mengukuhkan otot di sekitar mata anda. Jika anda mengamalkannya secara kerap, kulit akan dirangsang untuk menghasilkan lebih banyak kolagen dan elastin, menyebabkan kedutan berkurangan secara visual.
Artikel ini telah disiarkan di Hello Doctor. Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]