
Sebuah kajian dari Journal Clinical Nutrition menyatakan bahawa dengan makan telur secara teratur dapat melindungi mata dari masalah degenerasi makula.
Degenerasi makula adalah penurunan penglihatan pusat yang merupakan penyebab paling utama masalah buta.
Telur boleh mencegah hal tersebut dari berlaku kerana kuning telur mengandungi senyawa antioksidan dan sumber karotenoid lutein serta zeaxanthin.
Malah, telur juga kaya dengan Vitamin A yang berfungsi sebagai pembentuk retina mata.
Selain itu, telur merupakan sumber protin dan vitamin yang efisien bagi tubuh dan kaya dengan manfaat lain.
Beberapa penelitian mendapati bahawa kandungan lutein dan zeaxanthin dalam kuning telur lebih mudah didapati. Malah, telur juga mengandungi matriks berasaskan lemak bersama dengan zat gizi mikro lainnya.
Dalam satu butir telur ukuran besar mengandung sekitar 6 gram protin dan berbagai zat gizi mikro seperti Vitamin B, Vitamin D, Vitamin E dan Vitamin K, serta kandungan Omega 3.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]