Jangan siksa tubuh, dietlah cara sihat

Jangan siksa tubuh, dietlah cara sihat

Pengambilan makanan seimbang akan memberi gabungan tenaga dan zat makanan yang berbeza sekaligus memberi tenaga yang cukup untuk aktiviti harian.

Diet yang sihat akan memberi tenaga yang cukup untuk aktiviti harian anda. (Gambar Rawpixel)

Diet yang sihat ialah diet tanpa menyeksa diri sendiri. Pengambilan makanan seimbang akan memberi gabungan tenaga dan zat makanan yang berbeza. Ia akan memberikan tenaga yang mencukupi untuk aktiviti harian anda. Berikut terdapat beberapa panduan diet secara sihat yang mudah dan menyenangkan:

1. Kenali tubuh sendiri

Berhenti membandingkan tubuh anda dengan tubuh rakan-rakan. Jika anda mengenali tubuh anda dan keperluannya, pasti lebih mudah mengenal pasti makanan dan aktiviti yang diperlukan.

2. Buang rasa bersalah.

Ambil buahan dan sayur-sayuran setiap hari. Berdiet tidak bermakna anda tidak boleh mengambil makanan kegemaran, tetapi ambillah dalam kuantiti yang sedikit dengan khasiat yang seimbang.

3. Fokus apa yang sedang dimakan.

Kunyah secara perlahan-lahan bagi memudahkan proses penghadaman.

4. Jangan berhenti makan secara mendadak atas alasan untuk cepat kurus. Ini boleh menjejaskan kesihatan tubuh anda. Ambil makanan dalam kuantiti yang sedikit setiap hari mengikut masa makan seperti sarapan, makan tengahari dan makan malam.

5. Makan makanan yang kaya karbohidrat dan berserat tinggi.

Makanan ini mampu membekalkan tenaga agar anda cergas sepanjang hari tanpa perlu mengambil banyak makanan lain.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.