
Laluan keretapi dari Kuala Lumpur ke Klang merupakan antara laluan pertama di negara ini.
Ia dibina pada tahun 1886 dengan jarak sejauh 32km dari Kuala Lumpur ke Bukit Kuda, berhampiran sebuah bandar perlombongan sedang berkembang pesat yang akhirnya tercatat dalam sejarah akibat perang saudara.
Pada tahun 1890, jambatan Connaught yang merentasi sungai Klang dibuka sekali gus membawa keretapi ke pekan Klang melalui Bukit Badak. Laluan Lembah Klang telah dilanjutkan dari Klang ke Port Swettenham pada 1 Jan 1899.
Berikut adalah petikan kenyataan oleh Federated Malay States Railways Pamphlet of Information for Travelers, dokumen setebal 68 muka surat yang memperincikan lokasi tarikan dan sorotan buat pengembara di sekitar Tanah Melayu, mengenai Klang pada tahun 1914 – kesemuanya dalam tiga ayat:
“Kediaman DYMM Sultan Selangor dan pusat daerah penanaman yang terkenal.
“Port Swettenham adalah pelabuhannya. Di utara dan selatannya terletak Kuala Selangor dan Kuala Langat, yang juga satu daerah penanaman yang hebat.”
Berikut adalah beberapa gambar Port Swettenham dan stesen keretapi pada zaman tersebut, seperti yang dipaparkan dalam risalah berikut:



Banding dan bezakan dengan lokasi yang sama kira-kira 100 tahun kemudian:



Artikel ini pernah disiarkan di Great Malaysian Railway Journeys.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]