
Ramadan bulan yang mulia, selain melakukan amal ibadat di bulan ini, ramai juga menggunakan kesempatan ini dengan menikmati hidangan berbuka puasa bersama keluarga dan rakan-rakan.
Ada yang memilih bazar Ramadan, ada juga yang lebih suka berbuka di restoran sambil mencuba hidangan baharu.
Buffet Ramadan juga sudah mendapat tempat di hari warga kota dan kebanyakan hotel di sekitar Selangor turut menawarkan pelbagai promosi istimewa sempena Ramadan ini.
Mari kita lihat, 10 hotel yang menyediakan buffer Ramadan yang boleh anda kunjungi untuk berbuka puasa.
1.) Dorsett Grand Subang Hotel
Hotel Subang Jaya menawarkan pelbagai menu istimewa di buffer Santapan Iftar bermula 16 April hingga 12 Mei.
“Santapan Mubarak” dan “Santapan Barokah”, dua promosi yang mesti anda nikmati di The Emperor Restaurant.
Anda juga boleh bersedekah kepada para gelandangan dengan menikmati hidangan “Sedekah Iftar”, set hidangan yang disertakan bersama minuman.
2.) Wyndham Acmar Klang Hotel

“Nostalgic Kampungku”, itu tema Ramadan di sini yang menyediakan pelbagai hidangan Melayu berserta kuih-muih.
Anda boleh berbuka puasa di T-Café di sebelah kolam renang sambil menikmati pertunjukan memasak secara langsung di sini.
Bayaran berbuka untuk dewasa adalah RM138, RM100 untuk warga emas dan RM84 untuk kanak-kanak, dengan diskaun istimewa untuk pesta makanan melebihi 10 orang.
3.) Tenera Hotel

Tahun ini, buffet Tujuh Kawah Ramadan, Tenera menawarkan diskaun kepada dewasa sebanyak RM58 jika membuat tempahan awal di antara 14 April dan 20 April.
Buffet Ramadan yang bermula pada 14 April sehingga 11 Mei ini diadakan di Selasih Garden Restaurant.
4.) Mardhiyyah Hotel Shah Alam

Buffet Antarabangsa tahun ini menawarkan pelbagai masakan berdasarkan pada menu yang diulang setiap hari.
Anda juga boleh menikmati pertunjukan demonstrasi masakan secara langsung dengan bayaran untuk dewasa sebanyak RM99 dan pesta makanan untuk 10 orang menawarkan penginapan percuma 2-hari, 1-malam di bilik Deluxe.
5.) Park Inn by Radisson (Sepang) Putrajaya

Buat pertama kali dalam sejarah, hotel ini menjemput anda untuk merasai Buffet Sajian Ibunda, di mana 100 masakan enak akan disajikan.
Bermula dari 16 April hingga 9 Mei, dengan bayaran RM78 untuk dewasa dan RM58 untuk kanak-kanak.
6.) Four Points by Sheraton Puchong

Dengan tema Tradisi Warisan, hotel yang terletak di Puchong ini menyediakan buffet Ramadan tradisional bermula 13 April hingga 12 Mei.
Bayaran untuk dewasa adalah RM142 dan RM72.50 untuk kanak-kanak, manakala set eksklusif Briyani Kambing dan Briyani Ayam boleh didapati pada harga RM18 dan RM13.
7.) Holiday Villa Hotel

Juadah Ramadhan Tradisi Desa tahun ini menyajikan lebih 50 hidangan lazat yang disediakan oleh Chef Eksekutif, Chef Azram.
Bermula dari 13 April, buffet ini boleh dinikmati untuk satu bulan promosi dengan harga RM88 untuk dewasa, RM55 untuk warga emas dan RM44 untuk kanak-kanak.
8.) Empire Hotel

Hotel di Subang Jaya ini menawarkan masakan Melayu yang enak di buffet Sajian Citarasa Kampung bermula 13 April.
Bayaran untuk dewasa adalah RM55 sementara warga emas dan kanak-kanak RM45.
9.) Concorde Hotel Shah Alam

Chef Eksekutif, Alham Ahmad Daldiri dari Concorde Hotel Shah Alam dan pasukannya akan menyediakan hidangan yang sangat menyelerakan untuk anda bermula 13 April hingga 12 Mei.
The Melting Pot Café akan menanti anda dengan Juadah Iftar 2021, dengan bayaran untuk dewasa sebanyak RM120 dan setengah harga untuk kanak-kanak.
Anda boleh mendapatkan baucar dan membuat tempahan dengan menghubungi terus hotel.
10.) Royale Chulan Damansara

Tahun ini Buffet Citarasa Nusantara Ramadan akan menghidangkan 150 masakan enak yang dimasak oleh chef-chef hebat.
Harga untuk dewasa sebanyak RM118, RM88 untuk warga emas dan RM68 untuk kanak-kanak; manakala petugas barisan hadapan diberikan bayaran pada harga diskaun iaitu RM98.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]