Bazar Ramadan terbaik pilihan ramai

Bazar Ramadan terbaik pilihan ramai

Bagaimanapun, orang ramai diingatkan supaya sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Beberapa bazar Ramadan yang terkenal menjadi pilihan orang ramai.

Kedatangan Ramadan kali ini kembali meriah dengan bazar menjual makanan selepas kerajaan membenarkannya kembali beroperasi.

Bagaimanapun, orang ramai diingatkan supaya sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Kebenaran beroperasi semula itu bermakna anda dapat mencari semula juadah unik dan terbaik yang disediakan di bazar.

Berikut adalah beberapa pilihan bazar Ramadan terbaik yang boleh anda kunjungi.

1) Taman Tun Dr. Ismail (TTDI), Kuala Lumpur

Bazar Ramadan TTDI tidak asing lagi di kalangan warga kota yang ingin mencari juadah enak seperti nasi tomato, nasi lemak, nasi hujan panas, nasi padang serta pulut udang.

Makanannya sering menjadi pilihan orang ramai bukan saja di kawasan sekitar tetapi luar TTDI juga. Ini kerana makanan yang dijual mempunyai kualiti yang sedap dan harga juga berpatutan.

2) Bazar Ramadhan Bukit Bintang, Kuala Lumpur

Anda pasti rambang mata jika berkunjung ke sini kerana tidak tahu makanan apa yang ingin dibeli.

Bazar ini bermula dari Jalan Sultan Ismail hingga ke Jalan Berangan seterusnya ke pintu gerbang Ain Arabia.

Jalan itu hanya akan dipenuhi dengan pelbagai gerai makanan enak yang menjadi santapan untuk berbuka puasa.

Jika teringin menikmati masakan Thailand atau Arab, jangan lupa berkunjung ke Sup Tom Yam di Alor Food Corner dan Nasi Briyani Ayam Saffron.

3) Bazar Ramadan Bangsar, Kuala Lumpur

Terletak di Jalan Telawi, bazar Ramadan ini juga menjadi salah satu tumpuan orang ramai termasuk pelancong yang tidak mahu ketinggalan merasai juadah unik Ramadan.

Antaranya popia basah, nasi kerabu, ayam bakar, ikan bakar serta pelbagai jenis kuih muih kegemaran anda.

4) Bazar Ramadhan Kampung Baru, Kuala Lumpur

Siapa yang tidak kenal dengan Kampung Baru? Ia sememangnya adalah syurga makanan bagi warga kota.

Bulan Ramadan atau hari biasa, orang ramai boleh mendapatkan pelbagai makanan sedap di sini.

Manakala sempena Ramadan pula, suasananya menjadi lebih meriah dengan kehadiran peniaga termasuk kambing golek, murtabak serta ayam percik.

Pada masa, jangan lupa lupa mencari bubur lambuk enak yang menjadi simbolik Kampung Baru.

5) Bazar Ramadhan Taman Melawati

Terletak di Lorong Selangor, bazar Ramadan Taman Melawati dianggap yang terbesar dan paling meriah di Kuala Lumpur.

Jika anda ingin menukar selera ke bazar lain pula, ini adalah tempatnya untuk mencari suasana baru.

Pelbagai gerai disediakan seperti roti john serta makanan istimewanya seperti ayam claypot dan kuih tepung pelita.

6) Bazar Jalan SS13, Subang Jaya

Bagi orang Subang Jaya, Bazar Jalan SS13 adalah lokasi tumpuan melengkapkan sambutan Ramadan.

Sepanjang bulan puasa, Nasi Kerabu di sini menjadi salah satu tarikan untuk penduduk di Subang Jaya atau di sekitarnya seperti Shah Alam dan Puchong.

7) Bazar Stadium Shah Alam

Stadium Shah Alam tidak perlu diperkenalkan lagi kerana orang ramai dari segenap kawasan sanggup memandu ke sini.

Bukan apa, mereka sudah sedia maklum dengan keenakan nasi kukus dan pau ayam panggang yang dijual di sini.

Selain itu, kesabaran juga penting kerana anda mungkin terpaksa menunggu giliran membeli selama berjam-jam kerana juadah terbabit dikatakan paling laris.

8) Bazar Ramadhan Bangi, Kuala Lumpur

Terdapat beberapa bazar Ramadan popular di sekitar Bangi untuk dikunjungi memandangkan penduduk di situ majoritinya Melayu.

Bazar Ramadan yang paling terkenal di sini adalah di Seksyen 7 dan Seksyen 16 Bandar Baru Bangi.

Macam-macam ada di sini, tapi yang paling menarik adalah nasi kerabu, ayam golek dan popia basah.

9) Bazar Jalan Makloom, Georgetown, Pulau Pinang

Biarpun sudah ada hidangan nasi yang mengenyangkan, kita mesti terliur untuk menikmati pencuci mulut pula.

Bazar Ramadan Jalan Makloom adalah lokasi yang tepat untuk mencari juadah ringan dan pencuci mulut seperti apam balik dan lemang.

10) Bazar Little India, Georgetown, Pulau Pinang

Jika tercari-cari makanan India Muslim, sini adalah lokasinya dan makanan ringkas seperti roti canai, samosa, kek muntri, soan papdi dan badam peda ada dijual di sini.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.