Taco Bell pertama dibuka di Malaysia!

Taco Bell pertama dibuka di Malaysia!

Terletak di Cyberjaya, Taco Bell menyediakan menu terkenalnya, 2 Taco Supreme dan Crunchwrap Supreme serta hidangan eksklusif di Malaysia, Bell Rice Bowl dengan sambal.

Taco Bell menawarkan pelbagai menu berkonsepkan makanan Tex-Mex seperti 2 Taco Supreme, Crunchwrap Supreme dan Chicken Quesadilla (Gambar Cecilia Cletus)

Cyberjaya: Selama ini peminat taco di Malaysia hanya mampu membayangkan keenakan menu Taco Belli seperti Cinnamon Twists, Crunchwrap dan Supreme Taco dari jauh.

Tetapi kini menu itu sudah terhidang di depan mata apabila rangkaian makanan segera berasal dari Amerika Syarikat (AS) itu akhirnya membuka pintunya kepada rakyat Malaysia di Cyberjaya bermula hari ini.

Cawangan Taco Bell pertama terletak di Cyberjaya. (Gambar Cecilia Cletus)

“Kami teruja akhirnya dapat membawa jenama ikonik ini ke Malaysia bermula di Cyberjaya. Makanan berinspirasikan Mexico ini sememangnya terbaik berbanding rangkaian restoran lain.

“Restoran dua tingkat Taco Bell ini mempunyai ciri ikonik di seluruh bangunan dengan warna pelangi pada siling hingga ke bilik kaca yang mencerminkan semangat keremajaan jenama Taco Bell, kata Pengendali Francais Taco Bell Malaysia, Harris Beh.

Tidak pasti bagaimana untuk memesan menu?

The Taco Supreme. (Gambar Taco Bell Malaysia)

Jangan risau, sebagai permulaan, anda boleh memilih menu biasa yang ringkas iaitu 2 Taco Supreme.

Anda diberi pilihan sama ada ingin menikmati wrap tortilla lembut atau rangup. Kemudian pilihlah inti daging, ayam atau kacang hitam sebelum ia dihiasi dengan sos pedas, krim masam, salad segar, tomato cincang dan keju cheddar.

Taco Bell 2 Kickin’ Chicken Tacos. (Gambar Cecilia Cletus)

Selepas itu, apa kata cuba pula menu 2 Kickin’ Chicken Tacos.

Anda pasti terliur dengan menu ini yang dinikmati bersama taco rangup, isi ayam yang dihiasi dengan salsa pico de gallo serta keju mozzarella dan cheddar.

Rasanya yang terlalu segar dan enak membuatkan anda mampu menghabiskannya dalam beberapa minit saja.

Crunchwrap Supreme. (Gambar Taco Bell Malaysia )

Kunjungan anda ke Taco Bell tidak lengkap tanpa mencuba menu Crunchwrap Supreme.

Ia adalah menu ‘wrap’ yang berisi sos keju panas, pilihan protein anda, krim masam, sos pedas terkenal Taco Bell dan dibungkus dengan tortilla lembut sebelum dipanggang seperti quesadilla.

Jika anda menikmati karbohidrat dalam bentuk ‘wrap’ atau ‘shell’, bolehlah mencuba Bell Rice Bowl, menu paling eksklusif yang hanya terdapat di Malaysia!

Bell Rice Bowl Taco Bell dengan sambal eksklusif Malaysia. (Gambar Cecilia Cletus)

Anda akan dihidangkan seperti taco bowl biasa yang terdiri daripada nasi Mexico berperisa, ketulan ayam panggang, salsa pico de gallo, salad segar, kacang hitam dan kepingan nacho rangup.

Boleh dikatakan semua rakyat Malaysia menyukai sambal dan ia adalah kelainan yang cuba dilakukan oleh Taco Bell. Jangan risau, ia tidaklah terlalu pedas dan kombinasi yang sesuai dengan ayam mereka.

Kemudian jangan lupa pula segarkan tekak anda dengan beberapa pilihan minuman soda biasa selain dua minuman istimewa Taco Bell, Bell Sparklers, Summer Mint dan Strawberry Delight.

Bell Sparklers, Summer Mint dan Strawberry Delight. (Gambar Cecilia Cletus)

Sudah tentu, hidangan pasti tidak lengkap tanpa sesuatu yang manis sebagai pencuci mulut.

Taco Bell menyediakan pilihan istimewanya, Cinnamon Twists iaitu snek enak yang tidak kental malah teksturnya begitu ringan untuk dinikmati.

Loaded Nachos, satu lagi menu kegemaran di Taco Bell. (Gambar Cecilia Cletus)

Sebenarnya terdapat banyak lagi menu yang enak di Taco Bell ini seperti Nachos bersama krim masam, guacamole serta sos keju nachos, Chicken Quesadilla untuk peminat tegar keju, Grilled Stuft Burrito dan Chocodilla iaitu sejenis pencuci mulut dipenuhi dengan coklat cair.

Pencuci mulut Taco Bell, Cinnamon Twist. (Gambar Cecilia Cletus)

Lebih penting sekali untuk rakyat Malaysia ialah semua bahan digunakan di Taco Bell Malaysia mendapat pensijilan halal.

Pengarah Urusan Taco Bell Asia Pasifik, Ankush Tuli turut menekankan kegembiraan rakyat Malaysia dengan pembukaan rangkaian baru itu selain mempunyai rancangan untuk memperluaskan lagi pasaran mereka.

“Kami berbesar hati dengan peminat yang sudah lama menunggu jenama ini dibuka di Malaysia. Kami ingin menjemput semua untuk datang dan mencuba makanan ikonik yang terletak di Cyberjaya ini.

“Kami juga merancang untuk melebarkan sayap rangkaian ini supaya lebih ramai dapat menikmatinya di seluruh negara,” katanya.

Taco Bell Malaysia
Cottage Walk,
Jalan Teknokrat 6,
Cyberjaya,
63000 Selangor.

Waktu operasi: 10 pagi – 11 malam

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.