
Kedatangan Ramadan pada tahun ini bukan saja kembali meriah dengan bazar tetapi juga pelbagai lokasi menarik yang boleh dikunjungi untuk menikmati hidangan istimewa juadah berbuka puasa.
Jika anda tercari-cari dan ingin mencuba hidangan lokasi terbaru, Thyme Out Cafe by Equatorial mempersilakan anda menikmati juadah berbuka puasa Ramadhan ini bermula 14 April hingga 9 Mei.

Terletak di Pusat Persidangan ACE, Jalan Dato’ Onn, kafe ini menyediakan 100 pilihan juadah tradisional bertemakan ‘Selera Ibunda’ seperti sup gear box, daging tetel gulai kawah, kambing masak hitam serta udang galah asam lemak.
Pengunjung juga akan dihiburkan dengan persembahan ghazal sambil menikmati hidangan lazat disediakan oleh Chef Juzaili Shah, ketua chef berpengalaman 22 tahun serta barisan chefnya yang lain.
SUP GEAR BOX

Hidangan kegemaran ramai ini pastinya ditunggu-tunggu memandangkan ia adalah makanan popular di Malaysia.
Penyediaannya memakan masa selama 12 jam apabila tulang direbus bersama bawang serta campuran rempah ratus yang lain.
Lebih sedap jika dinikmati ketika ia masih panas atau pun dicicah dengan roti.
DAGING TETEL GULAI KAWAH

Makanan gulai begitu sinonim dengan rakyat Malaysia dan Thyme Out Cafe tidak ketinggalan dalam menyediakan juadah ini sempena Ramadhan nanti.
Ia biasanya dihidangkan pada majlis kenduri atau perayaan namun apa salahnya jika dinikmati sebagai hidangan berbuka puasa.
Kuahnya begitu pekat dengan adunan rempah, kunyit, ketumbar, lada hitam, lengkuas serta beberapa herba tradisional tempatan lain.
Hidangan yang dimasak dalam kawah ini pasti menggiurkan sesiapa saja terutama jika dinikmati bersama nasi panas dan ulam-ulaman.
KAMBING MASAK HITAM

Sesuai dengan tema ‘Selera Ibunda’, hidangan ini wajib dirasai oleh pengunjung kerana ia juga salah satu makanan popular.
Ia dikenali sebagai masak hitam kerana kuahnya yang pekat iaitu kombinasi antara rasa pedas dan manis.
Daging kambing ini diperap dengan rempah tradisional selama beberapa jam sebelum direneh dalam sos kicap.
DAGING SALAI MASAK LEMAK

Siapa yang tidak kenal dengan masak lemak cili api? Makanan berasal dari Negeri Sembilan ini disediakan dengan secukup rasa sebagai ‘buah tangan’ chef di Thyme Out.
Kaedah salai adalah tradisi turun temurun yang dilakukan untuk menyediakan hidangan ini dan biasanya ia dihidang bersama nasi panas dan telur masin.
UDANG GALAH ASAM LEMAK

Satu lagi hidangan tradisional yang dikenali ramai ialah Asam Pedas. Hidangan tradisional dari Melaka ini menggabungkan rasa masam daripada air asam jawa.
Manakala rasa pedasnya pula adalah daripada cili dan lada. Kedua-dua bahan ini adalah kombinasi terbaik untuk menghasilkan hidangan udang segar yang enak.
KARI KEPALA IKAN

Tidak kira Ramadan atau hari biasa, hidangan ini pasti dicari oleh peminatnya yang lazimnya dinikmati di restoran dan kedai mamak.
Gabungan pelbagai bahan seperti kunyit, halia, lada hitam menghasilkan kuah kari yang enak dan ditambah pula dengan kepala ikan merah atau ikan kerapu.

Thyme Out Cafe yang terletak di tingkat bawah Bangunan AICB menyediakan buffet buka puasa bermula 14 April hingga 9 Mei.
Harga Early Bird ditawarkan pada RM98 untuk dewasa bermula 31 Mac hingga 12 April manakala harga normal ialah RM115 untuk dewasa manakala RM57 untuk kanak-kanak berusia 6 hingga 12 tahun.
Thyme Out Cafe
Tingkat Bawah, Bangunan AICB,
Jalan Dato’ Onn, Kuala Lumpur.
Untuk maklumat lanjut atau tempahan berkumpulan, boleh hubungi Jabatan Pemasaran secara terus di talian 03-2602 4100 atau emel ke [email protected]
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]