
Dalam masing-masing mengejar masa, pastinya anda memerlukan sesuatu yang ringkas dan cepat untuk dimasak.
Memasak menggunakan ketuhar mungkin boleh memudahkan anda menyediakan hidangan.
Resepi Ayam Gajus Mikro ini sememangnya mudah dimasak dengan bahan-bahan yang senang didapati.
Dalam hanya 30 minit, ada sudah boleh menikmati masakan enak ini bersama keluarga.
Bahan-Bahan:
- 400g isi ayam
- Biji bawang besar dipotong bulat
- 1 sudu besar kicap cair
- 1 sudu kecil serbuk lada hitam
- 100 g kacang gajus goreng
- Biji lada jepun hijau dipotong dadu
- Biji cili merah dihiris
- 1 sudu besar minyak
- 1 sudu besar jus lemon
- 1 sudu besar mentega
- 1 sudu besar tepung jagung
- 1 sudu kecil serbuk perasa ayam
- 300ml air
Cara-Cara:
- Ratakan minyak di mangkuk mikro.
- Masukkan isi ayam dan gaul dengan 2 sudu besar jus lemon. Taburkan serbuk lada hitam dan bawang besar.
- Masak di dalam ketuhar gelombang mikro selama 9 hingga 12 minit pada suhu panas sederhana.
Cara Penyediaan Sos:
- Campurkan secawan air dengan tepung jagung, mentega, serbuk perasa ayam dan 3 sudu besar jus lemon.
- Masak di dalam ketuhar gelombang mikro selama 90 hingga 120 saat pada suhu panas sederhana.
- Tuangkan sos dan ratakan di atas ayam. Taburkan kacang gajus. Hidangkan dengan hiasan lada jepun dan cili.
Ringkas dan mudah bukan! Selamat mencuba.
Artikel ini telah disiarkan di butterkicap.com Butterkicap adalah platfom dan komuniti yang menceritakan tentang makanan dan kebudayaan di Malaysia.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]