Daging goreng berempah untuk hidangan tengahari

Daging goreng berempah untuk hidangan tengahari

Menggunakan resepi ayam berempah, daging goreng berempah adalah untuk mereka yang meminati hidangan penuh dengan rasa lazat.

Daging goreng berempah boleh dimakan bersama nasi atau roti. (Gambar newresepimalaysia.blogspot.my)

Untuk peminat ayam berempah pasti akan mengemari hidangan daging ini.

Menggunakan resepi ayam berempah, daging goreng berempah adalah untuk mereka yang meminati hidangan penuh dengan rasa lazat.

Bagi mereka yang belum pernah mencuba masakan ini, kami sediakan resepi untuk anda cuba di tengahari ini. Boleh dimakan bersama nasi atau roti.

Bahan-bahan:

  • 500 gram daging lembu, potong lebar
  • 3 helai daun limau purut (buang tulang)
  • 2 helai daun salam
  • 2 cm lengkuas (lebih kurang ibu jari), diketuk
  • 2 sudu kecil garam
  • 1 sudu makan gula merah, kikis halus
  • 1500ml santan daripada 1/2 biji kelapa
  • 1 sudu makan air asam (daripada campuran 1 sudu kecil asam jawa dan 2 sudu makan air)
  • 2 sudu makan minyak masak untuk menumis

Bahan (dikisar):

  • 8 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 biji cili merah
  • 1 sudu teh ketumbar
  • 2cm halia
  • 1/4 sudu kecil serbuk lada sulah

Cara menyediakan:

  1. Rebus santan, bahan kisar, daun limau purut, daun salam dan lengkuas sehingga timbul bau.
  2. Masukkan daging lembu, kacau sehingga berubah warna.
  3. Masukkan garam, gula merah dan air asam. Kemudian masak sehingga daging lembut dan rempah menyerap. Toskan.
  4. Goreng hingga daging berwarna keperangan.
  5. Hidangkan dan makan bersama keluarga.

Artikel ini telah disiarkan di butterkicap.com

Butterkicap adalah platfom dan komuniti yang menceritakan tentang makanan dan kebudayaan di Malaysia.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.