Hidangan makanan laut yang segar, hanya di Ombak Kitchen

Hidangan makanan laut yang segar, hanya di Ombak Kitchen

Terletak di Lembah Klang, Ombak Kitchen menyediakan makanan laut segar dan berkualiti pada harga yang berpatutan.

Lobster Thermidor begitu menyelerakan dengan keju dan cendawan disatukan dalam daging udang galah.
SHAH ALAM:
Siapa yang tidak suka makanan laut? Ikan, ketam, udang dan kerang, antara makanan kegemaran masyarakat Malaysia. Tetapi untuk mendapatkan restoran di Lembah Klang yang benar-benar segar dan berkualiti mungkin agak sukar. Kalau ada pun, harganya pasti mahal.

Tetapi sebenarnya, di Shah Alam dan Bangsar memang ada sebuah restoran yang menjual makanan laut segar dan berkualiti pada harga yang berpatutan. Ombak Kitchen namanya.

Ombak Kitchen dihias kemas dan bersih, menawarkan persekitaran tempat makan yang selesa kepada para pengunjung.

Restoran makanan laut ini dibuka pada 2018, diasaskan oleh Sharita Loo dan telah menjadi perhatian ramai terutama mereka yang sering membuat pesanan melalui dalam talian.

Tetapi apa sebenarnya yang membuatkan Ombak Kitchen begitu menonjol dari restoran makanan laut lain di Lembah Klang?

Ombak Kitchen menawarkan pelbagai jenis hidangan kombo yang sesuai untuk keluarga.

Baiklah, lupakan ikan kukus tradisional atau ketam mentega berkrim kerana Ombak Kitchen berusaha memberikan pengalaman gastronomi yang berbeza kepada rakyat Malaysia, berinspirasikan dari dapur di Amerika Syarikat.

Restoran ini menawarkan variasi makanan laut yang cukup lazat dengan ketam hidup dari Indonesia, udang Malaysia segar dan ketam Alaska yang enak.

Daging Ketam Raksasa Alaska mempunyai rasa manis dengan tekstur lembut.

Simbol Ombak Kitchen adalah Ketam Raksasa Alaska, dengan isi manis dan tekstur yang sangat lembut. Ia boleh dinikmati dengan sos istimewa.

Setiap hidangan makanan laut di sini, dilengkapi dengan lima sos khas untuk dipilih.

Sotong goreng bersalut telur masin, hidangan pembuka selera.

Bagi penggemar udang galah, cubalah Lobster Canadian yang disajikan dengan sos istimewanya.

Sekiranya anda mencari sesuatu yang lebih ringan, maka anda mempunyai pelbagai hidangan pembuka selera untuk dipilih.

3 Cheese Fresh Baked Oyster cukup mengembirakan kerana ia menggabungkan rasa keju dengan rasa manis tiram dalam satu suapan -makanan yang sempurna untuk pencinta keju.

3 Cheese Fresh Baked Oyster istimewa untuk pecinta keju.

Terdapat juga Fried Calamari Squid with Salted Egg bagi mereka yang sukakan telur masin menyalut sotong kenyal, hidangan yang pasti menyelerakan.

Bagi mereka yang membawa keluarga, terdapat hidangan kombo yang menyajikan pelbagai makanan laut serta sayuran seperti jagung dan brokoli.

Hilangkan dahaga dengan Blue Lagoon sitrus atau teh Bubble berkrim.

Untuk menghilangkan dahaga, Blue Lagoon selalunya menjadi pilihan dengan rasa sitrus yang menyegarkan. Buat peminat boba, boleh saja mencuba teh Bubble di sini.

Ombak Kitchen turut menyediakan penghantaran makanan dan paling menarik, sekiranya anda membuat pesanan, penghantar makanan mereka turut menerima makanan percuma.

Ini merupakan inisiatif restoran ini menghargai pekerjanya. Menarik bukan!

Ombak Kitchen Bukit Jelutong
5.G.01, D’Vida Business Centre,
Jalan Bazar U8/101,
Bukit Jelutong,
40150 Shah Alam,
Selangor.

Ombak Kitchen Bangsar
12, Lorong Ara Kiri 2,
Bangsar,
59100 Kuala Lumpur,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Hubungi/Penghantaran: 010-2205946
Waktu operasi: 12 tengahari – 11 malam setiap hari.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.