Kurma kambing

Kurma kambing

Lauk kurma sedap dimakan dengan nasi minyak atau nasi tomato dan rasailah kepekatan kuah dengan rempah ratusnya.

Kurma kambing yang menyelerakan bila dimakan bersama nasi hangat. (Gambar wheelsondbus.blogspot.sg)

Lauk kurma merupakan salah satu hidangan yang sering dihidangkan dengan nasi minyak atau nasi tomato. Kurma ialah sajian yang berasal dari India. Lazimnya, kurma dimasak menggunakan daging atau sayur-sayuran yang ditumis reneh dengan yogurt atau krim, air atau stok dan rempah ratus sehingga menghasilkan kuah pekat.

Memang merecik air liur apabila membayangkan kuah kurma yang melimpah di atas nasi minyak yang gebu. Nak resipi kurma terbaik?

Lihatlah di bawah.

Bahan-Bahan

  • 500g daging kambing (boleh ditukar daging lembu)
  • 2 sudu minyak
  • 350g santan pekat
  • 1 biji cili hijau, dibelah dua
  • 1 biji cili merah, dibelah dua
  • 2 biji kentang, potong dadu besar
  • 1/2 batang lobak merah. potong dadu besar
  • 1 biji bawang besar, belah 4
  • 1/4 cawan air asam jawa
  • gula dan garam secukup rasa

Bancuhan pes (dengan air)

  • 3 sudu besar rempah daging kurma
  • 1/2 sudu besar jintan manis
  • 1/2 sudu besar serbuk ketumbar

Bahan tumbuk

  • 4 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang bawang putih
  • 1 inci halia

Bahan tumis

  • 1 batang kayu manis
  • 3 biji buah pelaga
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 2 batang cengkih
  • 1 tangkai daun kari

Cara-Cara:

  1. Panaskan minyak di dalam periuk dan masukkan bahan tumis dan bahan tumbuk. Tumis sehingga wangi.
  2. Masukkan pes, kacau dan masak sehingga pecah minyak. Masukkan sedikit air jika bahan tumis terlalu kering.
  3. Masukkan kambing dan gaul sebati. Biarkan masak selama 5 minit dan tambah sedikit air hingga 1/4 periuk. Masak sehingga daging menjadi empuk dan lembut.
  4. Apabila daging sudah lembut, masukkan santan, air asam jawa, lobak merah, kentang, cili hijau, cili merah dan bawang besar. Masak sehingga empuk.
  5. Masukkan gula dan garam secukup rasa.
  6. Setelah masak, sedia untuk dihidangkan.

Artikel ini telah disiarkan di butterkicap.com

Butterkicap adalah platfom dan komuniti yang menceritakan tentang makanan dan kebudayaan di Malaysia.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.