Pegawai taman laut terkejut ikan iras makhluk asing

Pegawai taman laut terkejut ikan iras makhluk asing

Kutu itu mengambil alih fungsi lidah ikan yang ditumpang untuk memakan mukus.

Rupa ikan gelama Atlantik itu menyeramkan kerana sejenis parasit telah menghuni mulutnya. (Gambar Texas Parks and Wildlife)

Seekor ikan yang ditangkap di pesisir pantai Texas baru-baru ini mengejutkan orang ramai selepas dikatakan menyerupai makhluk asing dari planet Marikh atau “Martian”.

Namun cerita sebenar disebalik rupa menyeramkan ikan tersebut berpunca daripada sejenis parasit atau kutu invasif yang muncul di dalam mulutnya.

“Baiklah, jadi ia bukan benar-benar (makhluk asing dari Marikh), tapi rupanya memang cukup menyeramkan,” kata Galveston Island State Park di Facebook.

Ikan itu sebenarnya adalah spesies gelama Atlantik, di mana mulutnya telah dihuni oleh sejenis kutu pemakan lidah.

Menurut taman tersebut, kutu itu masuk ke dalam mulut ikan gelama tadi melalui insangnya, memotong lidah ikan yang ditumpanginya itu dan menjadikan diri sebagai lidah yang berfungsi sambil memakan mukus.

“Ia juga adalah satu-satunya kes di mana spesies parasit menggantikan organ haiwan yang ditumpangi sebagai organ yang berfungsi,” tambah taman tersebut.

“Ia juga tidak membunuh ikan yang ditumpang ataupun memberi kesan kepada manusia.”

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.