Seniman jalanan Banksy buat hal lagi, karya tiba-tiba muncul di dinding pub

Seniman jalanan Banksy buat hal lagi, karya tiba-tiba muncul di dinding pub

Mural budak lelaki sedang bermain layang-layang itu tiba-tiba muncul di tepi pub di Stockport, Greater Manchester.

Mural menggunakan medium kegemaran Banksy iaitu cat semburan stensil itu muncul Ahad lalu, memaparkan seorang budak lelaki bermain layang-layang. (Gambar MEN Media)

Banksy buat hal lagi selepas lukisan mural dipercayai memiliki identiti seniman jalanan terkenal itu muncul di tepi sebuah pub di Greater Manchester.

Walaupun dikenali sebagai antara seniman tersohor Britain, identiti sebenar Banksy yang diketahui berasal dari Bristol itu masih lagi misteri.

Individu pertama yang melihat karya seni di The Griffin Hotel di Stockport itu percaya ia adalah sentuhan asli Banksy.

Mural menggunakan medium kegemaran Banksy iaitu cat semburan stensil itu muncul Ahad lalu, memaparkan seorang budak lelaki bermain layang-layang.

“Ia amat mengejutkan. Ia tiba-tiba muncul ketika saya kembali dari kedai,” kata pemilik Hotel Griffin, Danny Chambers.

“Orang ramai mula bercerita mengenainya dan bertanya tetapi saya tidak tahu apa-apa, jadi saya tidak mempunyai jawapan.

“Kami ada membayar seorang artis untuk karya seni kami sendiri di taman bir tapi yang ini memang tiada kaitan dengan saya.”

Difahamkan hasil jualan karya seni Banksy meraih puluhan juta pound sterling.

Minggu lalu rumah lelongan Christie meletakkan nilai lukisan Banksy yang diilhamkan dari lukisan Vincent Van Gogh Sunflowers di antara £8.8 juta dan £13.2 juta.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.