Bumbung teksi terbiar di Thailand kini jadi taman mini hijau

Bumbung teksi terbiar di Thailand kini jadi taman mini hijau

Inisiatif taman mini itu bertujuan memperjuangkan nasib pemandu teksi dan memberi makan kakitangan yang teruk terjejas.

Dulu kawasan yang hanya sebuah tempat letak kereta itu kini tak ubah seperti satu karya seni.

Syarikat teksi di Thailand kini memberi terjemahan baru kepada terma ‘taman atas bumbung’ selepas ia menggunakan bumbung teksi yang terbiar akibat krisis Covid-19 sebagai tapak penanaman sayur.

Kakitangan dua syarikat koperasi teksi menghimpunkan taman mini tersebut minggu ini menggunakan plastik sampah hitam yang diikat pada rangka buluh.

Tanah diletak di atasnya sebelum pelbagai jenis benih sayur-sayuran seperti tomato, timun dan kacang panjang ditanam.

Hasilnya cukup mengagumkan. Dulu kawasan yang hanya sebuah tempat letak kereta itu kini tak ubah seperti satu karya seni.

Hakikatnya, itulah tujuan sebenar, untuk mendengar rayuan pemandu teksi dan pengendali yang terjejas teruk akibat langkah perintah sekatan.

“Terkini hanya 500 teksi milik syarikat kerjasama Ratchapruk dan Bovorn Taxi yang masih membanjiri jalan raya sekitar Bangkok manakala 2,500 lagi terbiar di beberapa lokasi di kota itu,” kata eksekutifnya, Thapakorn Assawalertkul.

Sebahagian pemandu menyerahkan teksi mereka dan kembali ke kampung sebaik negara itu dilanda gelombang pertama pandemik kerana mereka sangat bimbang.

“Gelombang kedua menyaksikan lebih ramai lagi menyerah kalah dan turut memulangkan teksi mereka,” katanya.

Keadaan yang semakin buruk itu mengakibatkan syarikat teksi dihimpit masalah kewangan yang meruncing.

Akibatnya hutang syarikat koperasi Ratchapruk dan Bovorn mencecah 2 billion baht. Setakat ini, kerajaan masih belum menawarkan sebarang bantuan kewangan secara langsung.

“Taman sayur-sayuran ini adalah tanda protes dan cara untuk memberi makanan kepada kakitangan saya yang terjejas teruk.

“Thailand melalui pelbagai pergolakan politik sejak sekian lama, banjir besar pada 2011, tetapi perniagaan tidak pernah terjejas begini teruk,” keluh Thapakorn lagi.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.