Astrid Cooper, si cilik berusia 5 tahun kurator muzium termuda dunia

Astrid Cooper, si cilik berusia 5 tahun kurator muzium termuda dunia

Pameran seni ini mengundang 15 artis ternama untuk mempamerkan hasil karya bersama anak mereka.

Antara karya seni yang dihasilkan 15 artis ternama bersama anak-anak mereka dalam pameran My kid Could’ve Done That!.

Astrid Cooper mungkin baru berusia 5 tahun, tapi jangan terkejut kerana anak kecil ini juga adalah kurator pameran paling muda di dunia.

Bapanya, artis terkenal Will Cooper yang juga kurator bersama dalam pameran seni terbaharu My Kid Could’ve Done That berkata, judul itu mungkin kedengaran agak nakal namun ia sebenarnya sangat bernuansa.

Ia tidak akan mengundang orang ramai untuk meneka yang mana karya seni abstrak dan yang mana contengan anak kecil, sebaliknya pameran itu mengundang 15 artis ternama antaranya Ryan Gander, Emily Speed dan Jasleen Kaur untuk mencipta karya seni bersama anak mereka.

Sasarannya adalah untuk menyingkap kebenaran yang lebih mendalam mengenai kreativiti keluarga, perbezaan antara kerja dan bermain serta cabaran yang dihadapi artis bebas dalam mengasuh anak-anak terutama ketika berdepan pandemik.

“Ia bukan pameran lukisan kertas gula yang menyeronokkan. Penting untuk anda memperlakukan pameran itu sama seperti karya seni di mana-mana pameran lain,” kata Cooper.

“Anak kecil tidak menipu. Jika ditanya adakah itu idea yang baik, dia akan menjawab sama ada ya atau ‘tidak, itu idea tidak berguna’,” jelas Cooper berkongsi pengalaman bekerja dengan anaknya Astrid.

Menurut Astrid, dia tidak sabar lagi untuk menentukan di bahagian mana karya seni itu akan dipamerkan.

“Saya sangat seronok dapat bekerja dengan ayah!”.

Dalam masa sama, Astrid tetap dengan pendiriannya untuk memastikan kerja seninya dipamerkan.

Malah selepas melihat iklan Ferrero Rocher, Astrid mengambil keputusan bahagian pameran persendirian perlu mempunyai piramid yang sama, cuma ia dibina menggunakan Teacakes berjenama Tunnock.

“Dan hakikatnya, itulah yang perlu ada dalam setiap pameran, kata Cooper.

My Kid Could’ve Done That! akan dipamerkan di Muzium Holburne, Bath dari 18 September sehingga 19 Disember 2021.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.