‘Boy’ peramal keputusan Euro 2020

‘Boy’ peramal keputusan Euro 2020

Seekor singa bernama boy menjadi peramal keputusan Euro 2020 apabila berjaya meramal tepat kemenangan dua perlawanan bola sepak.

Hantaran video menunjukkan Boy memilih daging yang mempunyai bendera pasukan tersebut. (Gambar Viral Press/MailOnline)
THAILAND:
Jika pada perlawanan Euros 2008 dan Piala Dunia 2010, seekor sotong kurita bernama Paul menjadi perhatian dunia kerana menjadi peramal tepat beberapa keputusan perlawanan pada waktu itu.

Kini, pada perlawanan Euro 2020, seekor singa yang digelar Boy pula menjadi tumpuan selepas berjaya meramal kemenangan dua perlawanan bola sepak Euro 2020.

Boy, seekor singa albino yang tinggal di sebuah zoo Thailand itu meneka kemenangan pasukan England ke atas Croatia pada hujung minggu lepas. Ia turut berjaya meneka kemenangan Belanda ke atas Ukraine.

Melalui hantaran klip video yang dimuat naik oleh penjaga zoo berkenaan, Boy meneka dengan tepat keputusan perlawanan bolasepak antara Perancis dan Jerman serta Portugal menentang Hungary yang berlangsung semalam.

Dalam video itu menunjukkan bagaimana Boy memilih pemenang berdasarkan daging yang digantung pada satu wayar yang diletakkan di dalam kandangnya. Pada daging itu turut digantung bendera pasukan terbabit. Ia kemudian akan memakan daging itu.

Menurut pegawai zoo, Narongwit Chodchoi, aktiviti itu merupakan sebahagian daripada riadah bagi memupuk sikap baik haiwan itu.

“Ia hanyalah sekadar hiburan dan tidak bermaksud menggalakkan orang ramai berjudi,” ujarnya.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.