Kura-kura guna papan selaju sebagai fisioterapi

Kura-kura guna papan selaju sebagai fisioterapi

Kura-kura bernama Helmuth mengalami masalah sendiri menyebabkannya terpaksa menjalani fisioterapi di zoo.

Keadaan Helmuth yang menggunakan papan selaju dalam sesi fisioterapinya.

Seekor kura-kura seberat lebih 100 kilogram mencuri perhatian apabila haiwan itu dilihat bergerak menggunakan papan selaju di sebuah zoo di Jerman.

Kura-kura gergasi Afrika dari spesis terancam bernama Helmuth itu sebenarnya menjalani rawatan fisioterapi di ZOOM Erlebniswelt Gelsenkirchen di North Rhine-Westphalia selepas mengalami masalah sendi yang menyukarkannya memikul cengkerang sendiri.

Menurut seorang jurucakap zoo, mereka mengesan masalah itu selepas melakukan imbasan CT terhadap haiwan jantan berkenaan.

“Helmuth mempunyai masalah pada sendi bahunya terutama di bahagian kanan. Diagnosis itu diperolehi selepas imbasan CT dilakukan di klinik verterinar Telgte.

Penggunaan papan selaju itu adalah satu kaedah yang boleh membantu Helmuth bergerak serta melatih ototnya seterusnya pulih daripada masalah itu.

“Rawatan terapinya membabitkan tempoh latihan yang amat panjang. Ia akan sentiasa bergerak menggunakan papan selaju ini sepanjang hari. Selain itu, kami juga memberinya ubat,” kata jurucakap terbabit.

Katanya, haiwan itu kini dilihat sudah mula membiasakan dirinya dengan sesi rawatan fisioterapi itu malah semakin menyukainya.

Pekerja zoo terbabit berharap rawatan kombinasi daripada pemberian ubat dan terapi itu boleh membantunya pulih semula.

Berdasarkan laporan Perikatan Hidupan Liar Zoo San Diego, kura-kura itu adalah yang terbesar pernah ditemui setakat ini.

Ia mempunyai saiz 76 sentimeter panjang dan berat lebih 45 kilogram malah ada sesetengah kura-kura jantan pernah mencapai berat 90 kilogram.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.