Apricot berwajah ‘dua’

Apricot berwajah ‘dua’

Seekor anak kucing memiliki dua tona warna muka berbeza.

Apricot yang ditemui bersama adiknya dalam dinding rumah.

Siapa yang tidak ‘cair’ melihat kucing yang comel terutama apabila ia memiliki keunikan tersendiri yang jarang ditemui.

Seekor anak kucing bernama Apricot juga dianggap sangat istimewa apabila dia dilahirkan dengan dua tona warna muka berbeza.

Warna hitam dan oren pada mukanya seolah-olah menunjukkan haiwan itu memiliki dua wajah berbeza.

Apricot dan adiknya, Pretzel ditemui tinggal dalam ruang dinding sebuah rumah apabila pemiliknya yang baru berpindah mahu melakukan kerja pengubahsuaian di Tennessee, Amerika Syarikat.

Kucing yang ditemui tanpa ibu itu kemudian dihantar ke Nashville Cat Rescue untuk ditempatkan bersama ibu kucing angkat, lapor Bored Panda.

Menurut National Geographic, Apricot mungkin memiliki genetik chimera iaitu selnya mengandungi dua jenis DNA yang terhasil daripada dua embrio.

Dua anak kucing yang diselamatkan kini dijaga oleh seorang sukarelawan, Kiki yang turut menyelamatkan dua kucing betina yang bunting, Pickle dan Olive.

Pickle melahirkan enam anak namun salah seekornya mati selepas beberapa minggu bersama Kiki sebelum Olive melahirkan anaknya seminggu kemudian.

Kucing itu dikatakan melahirkan seekor lagi anak dalam tempoh 24 jam sebelum dibawa menerima rawatan doktor verterinar memandangkan jarak tempoh kelahiran itu agak lama.

Olive terpaksa dibedah menerusi kaedah Caesarean kerana terdapat seekor lagi anak kucing mati di dalam perutnya.

Badan kebajikan haiwan itu menjaga keadaan semua kucing terbabit dengan teliti termasuk Apricot dan Pretzel yang kini bersama ibu angkat mereka.

Semua kucing comel itu dikatakan semakin selesa untuk saling menemani biarpun baru diselamatkan beberapa minggu lalu.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.