Simba, anak singa pertama Singapura dilahirkan melalui proses permanian

Simba, anak singa pertama Singapura dilahirkan melalui proses permanian

Anak singa baharu Singapura ini dinamakan sempena watak utama dalam ‘The Lion King’ Disney, dikandung dengan air mani dari singa Afrika.

Simba, sedang diberi susu dari botol. (Gambar AFP)
SINGAPURA:
Zoo Singapura telah menyambut kelahiran seekor anak singa bernama Simba melalui proses inseminasi atau permanian buatan.

Sangat jarang singa dapat dikandung melalui inseminasi buatan. Prosedur pertama kali berjaya dilakukan pada tahun 2018 – melahirkan dua anak harimau di Afrika Selatan.

Menurut Kesatuan Antarabangsa untuk Pemuliharaan Alam, populasi singa telah merosot lebih dari 40 peratus dalam dua dekad yang lalu, dengan haiwan matang tinggal sekitar 23,000 hingga 39,000 haiwan.

Ia menyenaraikan singa sebagai rentan.

Anak singa baharu Singapura ini dinamakan sempena watak utama dalam ‘The Lion King’ Disney, dikandung dengan air mani dari singa Afrika yang sudah berusia.

Bapanya Mufasa yang juga dinamakan dari filem animasi, berada dalam keadaan kurang sihat dan tidak dapat bertahan dalam prosedur itu, kata pihak zoo tersebut.

Simba yang dilahirkan pada bulan Okt tahun lalu dijaga oleh ibunya Kayla dan penjaga zoo dan berada dalam keadaan ‘sihat dan bersifat sentiasa ingin tahu’, kata kakitangan zoo.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.