‘Insyaallah, kita jumpa lagi di akhirat’ – Coretan pilu Tiara buat Mamat Khalid

‘Insyaallah, kita jumpa lagi di akhirat’ – Coretan pilu Tiara buat Mamat Khalid

Tiara agak terkilan tidak dapat meneruskan projek rahsia mereka berdua yang dirancang sekian lama.

Tiara Jacquelina dan Allahyarham Mamat Khalid sering bekerjasama dalam pelbagai projek termasuk filem Puteri Gunung Ledang. (Gambar Instagram)

Pemergian mengejut sutradara tersohor Mamat Khalid cukup meninggalkan kesan yang mendalam buat bukan saja keluarga malah peminat dan juga orang kuat industri seni termasuk salah seorang rakan karib beliau, aktres Tiara Jacquelina.

Tiara yang masih terkejut dengan berita kematian pengarah filem pecah panggung Hantu Kak Limah Balik Rumah itu bagaimanapun hanya mampu meninggalkan coretan sisa kenangan suka duka sepanjang menjalin persahabatan dengan Mamat di akaun Instagram miliknya @tiarajacquelina.

Antara lain, teraju utama filem Puteri Gunung Ledang itu mengimbau kenangan indah ketika bekerjasama dengan pengarah Mat London dan jenaka-jenaka yang hanya difahami mereka berdua.

Bagaimanapun, Tiara agak terkilan kerana gagal membantu pengarah genius itu mengurangkan tabiat buruknya merokok selain tidak dapat menyempurnakan projek rahsia mereka berdua yang dirancang sekian lama. Berikut dikongsikan luahan rasa Tiara buat sahabat tersayang yang dirinduinya Mamat Khalid.

“My dearest Mamat, I’m lost for words right now. Aku tunggu pandemic ni settle supaya dapat berjumpa balik dengan ko, unfortunately it wasn’t to happen.

Masa ko first masuk hospital a few years ago, aku lah orang pertama sampai when i heard the news. Terkejar kejar cos i thought i lost you then. I was so upset with you, tak stop stop merokok. Nasib baik Tuhan bagi chan dua tiga kali lagi lepas tu. Kau tetap tak serik dengan rokok tu, Isteri kau sendiri Kak Intan pun tak berjaya paksa kau berenti, jadi aku pun give up lah meleter.

Mat, you and i go back to the beginning of time, man… Brought together by our love for Blues The Healer. And Mat London. And our ridiculous obsession with that Clamptown Ladies song (I’ll sing “doo-da, doo-da

Humour kitorang dulu cuma kau dan aku je yang faham. Abang Mat London pun pelik, apa juga lah dua ekor ni terkikik kikik terus. But that was the start of a special friendship, and the start of us working together on some pretty amazing stuff – beginning with Pukul Dua Petang, Rombongan Cik Kiah, Mat Nor Khushairi & The Velvet Boys, Hari Raya Abdullah Rafie, Peristiwa di Rumah Tok Su, Spanar Jaya, sampailah ke filem Puteri Gunung Ledang, your masterpiece for me. After that, there was no more holding you back, you were flying so high and doing amazing things and i just watched with so much pride.

Aku cuma terkilan tak dapat sempurnakan our secret project, I’ve been waiting for that for so many years. Aku masih ingat lagi kau bengang sangat dengan juri pesta filem dulu masa aku kalah Best Actress, you promised to write me something even better than PGL – sepatutnya aku buat macam time PGL dulu, KURUNG kau dalam satu bilik jangan kasi keluar sampai habis tulis skrip. Sekarang ni aku terpaksa tungguuuu sampai insyaallah kita jumpa lagi di akhirat pulak satu hari nanti.

This is too painful for me, I’m gonna stop here. I miss you, my wacky genius brother. There will not be anyone like you, during our time. You will always be an Original. A legend. And I hope you won’t find cigarettes in Heaven. Alfatihah untuk sahabatku yang tersayang, Mohamad bin Mohamad Khalid.”

Mamat Khalid atau nama sebenarnya Mohamad bin Mohamad Khalid, 58, disahkan meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital selepas pengsan di kafe miliknya, Sarang Art Hub di Tg Malim, Perak jam 12.30 tengah malam tadi.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.