‘Susah betul nak dapat gambar sempurna’ – gelagat 6 anak Dr Sheikh Muszaphar yang sukar bergambar mencuit hati

‘Susah betul nak dapat gambar sempurna’ – gelagat 6 anak Dr Sheikh Muszaphar yang sukar bergambar mencuit hati

Angkasawan negara itu mengakui sukar merakam gambar sempurna enam anak aktif yang sedang membesar.

Video berdurasi 27 saat itu merakam aksi mencabar namun sangat comel enam anak Dr Sheikh Muszaphar yang sukar duduk diam.

Kata orang anak ramai itu rezeki. Walaupun dari segi urusan rutin hariannya sedikit mencabar, namun suasananya lebih meriah dan menyeronokkan.

Lihat saja video berjudul ‘Trying to get the perfect picture’ yang dikongsi di akaun Facebook Dr Sheikh Muszaphar FanClub yang memang cukup mencabar dan comel ini.

Hakikatnya bukan mudah hendak mendapatkan gambar terbaik bila ia membabitkan enam kanak-kanak yang aktif.

Bila ayah sudah bersedia dengan kamera, macam-macam pula halnya dengan anak-anak yang masing-masing punya ‘angin’ tersendiri.

Seperti keterangan yang dicoret Sheikh Muszaphar ini.

“Merakam gambar paling sempurna enam orang anak yang aktif memang tidak mudah. Nak dapat gambar semua orang tersenyum, lupakan saja.

“Mereka semua nak pandang kamera pun sudah cukup menggembirakan saya. Masa tu la nak susu, nak makan, nak pergi bilik air, nak tidur. Semua alasan akan keluar,” coretan ringkas namun jujur dari angkasawan negara itu.

Perkongsian berdurasi 27 saat itu turut memaparkan bagaimana anak-anak perempuan Sheikh Muszaphar yang memakai kemeja T merah berseluar kuning manakala yang lelaki berbaju tidur serba hijau begitu payah untuk ditenangkan walau sesaat.

Namun akhirnya, berkat kesabaran dan seribu satu alasan dapatlah juga satu gambar paling sempurna daripada 100 yang diambil.

Dr Sheikh Muszaphar, 48 tahun, dan isterinya Dr Halina, 39 tahun, mendirikan rumah tangga pada 10 Oktober 2010.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan enam cahaya mata iaitu Sophea Isabella, 9 tahun, Sophea Natasha, 7 tahun, anak kembar lelaki iaitu Sheikh Adam dan Sheikh Noah, berusia tiga tahun dan pasangan kembar berlainan jantina, Emilia dan Eusoff.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.