Aishah mohon doa semua

Aishah mohon doa semua

Aishah disahkan positif Covid-19 dan dikejarkan ke Hospital Ampang berikutan paras oksigennya menurun kepada 92 peratus kelmarin.

Aishah disahkan positif Covid-19 selepas melalui prosedur Kit Ujian Pantas (RTK).

PETALING JAYA – Penyanyi popular Aishah memohon orang ramai terus mendoakannya setelah dimasukkan ke hospital akibat positif Covid-19 kelmarin.

Aishah atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Ariffin sebelum ini telah memuat naik di dalam akaun Instagram status dirinya yang mengakui mentalnya tidak kuat seperti sebelum ini.

“Ya Allah, mental tak kuat hari ini bila melihat pesakit depan saya dibawa naik untuk diintubasi.

“Pagi tadi paras oksigen saya 98, mereka cuba nak buka tapi bila ke tandas dan balik ke katil terus turun mendadak ke 88.

Berikutan dengan penurunan paras oksigennya, plantun lagu Janji Manismu itu terpaksa memakai semula alat bantuan pernafasan sehingga paras oksigennya naik ke bacaan 95.

“Ya Allah, teman-teman tolong doakan saya untuk tidak sampai diintubasi. Saya takut, masih banyak tanggungjawab pada keluarga dan anak-anak yang belum selesai.

“Ampunkan dosa-dosa saya sekiranya pernah terkasar kata dan sebagainya,” tulisnya lagi.

Hantaran terbaharu Aishah turut mengucapkan terima kasih di atas doa semua.

“Saya sangat menghargai doa dan segala mesej, tapi sekarang saya tak larat nak jawab. Minta maaf sangat, saya perlukan rehat,” tulisnya.

Kelmarin, Aishah, 56, disahkan positif Covid-19 selepas melalui prosedur Kit Ujian Pantas (RTK) di sebuah pusat perubatan swasta.

Aishah kemudian dikejarkan ke Hospital Ampang berikutan paras oksigennya menurun kepada 92 peratus.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.