Rihanna kini bilionair pada usia 33 tahun

Rihanna kini bilionair pada usia 33 tahun

Rihanna juga merupakan penghibur kedua terkaya di dunia selepas personaliti televisyen terkemuka dunia, Opray Winfrey, lapor majalah Forbes.

Penyanyi R&B ini menikmati kekayaan besarnya bukan dari muzik tetapi perniagaan kosmetiknya, Fenty Beauty yang dimiliki bersama label mewah LVMH, menyumbang AS$ 1.4 bilion (RM 5.8 bilion). (Gambar AFP)
LOS ANGELES:
Penyanyi dan ahli perniagaan, Rihanna merupakan antara pemuzik wanita terkaya di dunia dengan aset bersih bernilai AS$ 1.7 bilion (RM 7.14 bilion).

Rihanna atau nama sebenarnya Robyn Rihanna Fenty itu juga merupakan penghibur kedua terkaya di dunia selepas personaliti televisyen terkemuka dunia, Opray Winfrey, lapor majalah Forbes.

Penyanyi R&B ini menikmati kekayaan besarnya bukan dari muzik tetapi perniagaan kosmetiknya, Fenty Beauty yang dimiliki bersama label mewah LVMH, menyumbang AS$ 1.4 bilion (RM 5.8 bilion) nilai kekayaannya sekarang.

Fenty Beauty dilancarkan pada 2017 dengan tujuan untuk mempromosikan solekan dengan warna kulit yang berbeza.

Selain memiliki 50 peratus daripada keuntungan syarikat tersebut, wanita berusia 33 tahun itu turut memiliki aset daripada satu lagi syarikat pakaian dalam miliknya iaitu Savage X Fenty yang dianggarkan bernilai AS$ 270 juta (RM 1.1 juta).

Ditambah dengan pendapatan dari kerjaya seninya, plantun lagu Umbrella ini sekaligus diumumkan sebagai wanita terkaya ‘self made’ di Amerika Syarikat dengan kekayaan bersih sebanyak RM2.4 bilion.

‘Self made’ merupakan gelaran yang diberikan untuk kekayaan yang dimiliki hasil usaha sendiri bukan dari warisan keluarga.

Walaupun dia belum menghasilkan album sejak 2016, namun Rihanna masih menguasai ramai peminat dengan lebih dari 100 juta pengikut di Instagram dan Twitter.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected].

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.