“Lu kalau nak tolong orang, jaga lu punya adab” – Aaron Aziz bengang gelandangan diaib

“Lu kalau nak tolong orang, jaga lu punya adab” – Aaron Aziz bengang gelandangan diaib

Aaron Aziz mengecam sikap individu tersebut yang mengaibkan seorang gelandangan warga emas di khalayak ramai.

Aktor Aaron Aziz menasihati indivdu yang meninggikan suara terhadap seorang gelandangan warga emas untuk menjaga adab terutama ketika melakukan kerja kebajikan.

Selepas artis Yana Samsudin, Sherry Ibrahim dan Uyaina Arshad mengecam tindakan seorang influencer memalukan seorang warga emas, rupanya aktor filem Ombak Rindu, Aaron Aziz turut ‘bengang’ dengan perbuatan biadab itu.

“Salam brader. Lu kalau nak tolong orang jangan nak korek kisah silam siapa-siapa. Gua Tak tahu la lu siapa tapai jaga lu punya adab,” kata Aaron dalam perkongsian di akaun Facebook rasminya Aaron Aziz.

“Dia orang gelandangan, penagih ke, pengemis ke, lu kalau nak buat kerja kebajikan ‘this is not the way’.

Jangan jatuhkan maruah orang, semangat orang, pendirian orang, nasib orang. Kalau lu rasa lu dihanatar Tuhan untuk ‘tolong’ orang susah sekarang Allah juga boleh kasi lu susah. Kasi lu ingat sikit..,” luah Aaron melepas geram.

Sehingga artikel ini disiarkan, perkongsian pelakon filem KL Gangster itu mendapat 102,000 tanda suka, 28,000 komen dan dikongsi 23,000 warganet.

Terdahulu menerusi video pendek berdurasi 49 saat yang dimuat naik sendiri influencer dikenali sebagai Carl Samsudin, dia dilihat meninggikan suara terhadap seorang gelandangan warga emas ketika menyampaikan ceramah.

“Masa muda dahulu, menyesal tak buat betul-betul? Masa muda dahulu menyesal tak banyak main? Korang bila tua nanti baru nak menyesal ke?”

“Pernah tak you all wish one day, tak kisah la agama you pray to God, ‘God show me the way how I want to change my life’. Pernah tak?” katanya dengan nada suara yang tinggi.

Setelah video itu dikecam hebat di media sosial, ia pantas dipadam pemilik butik Bella Ammara itu namun sempat disimpan warganet.

Difahamkan tidak lama selepas videonya tular, usahawan yang dikenali sebagai Carl Samsudin itu dikenakan kompaun RM1,500 kerana tidak memakai pelitup muka.

Menurut polis kejadian berlaku pada 27 Julai 2021 jam 11.30 pagi ketika dia menyampaikan ceramah motivasi bertajuk ‘Ubah Hidup’ kepada 20 orang gelandangan di Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected].

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.