
Pengasas Jamu Ratu Malaysia, Bonda Rozita Ibrahim terpanggil membidas pandangan Datuk Seri Vida (DSV) yang mahu rakyat yang hilang pendapatan untuk tidak sekadar berharap kepada ‘bendera putih’.
Dalam hantaran di akaun Instagramnya semalam, beliau merujuk petikan artikel pandangan DSV yang berbunyi “Janganlah gunakan alasan PKP pendapatan terjejas sampai nak beli Pampers anak pun tak boleh – usaha “.
Bonda Rozita yang lebih awal memohon maaf atas pandangannya tidak bersetuju dengan kenyataan dikeluarkan DSV yang mengatakan rakyat malas bekerja ketika negara berdepan pandemik Covid-19.
“Dalam keadaan sekarang bukan isu rakyat malas kerja ..!! Kalau dulu tak ada Covid, mana ada orang kibar bendera putih nak minta makanan.
“Tidak semua orang susah suka meminta-minta. Ayat malas tak sesuai digunakan dalam keadaan rakyat yang sedang tertekan. Kita simpati, tetapi kita juga kena ada rasa sensitif.
“Berhati-hati juga dengan hantaran di media sosial. Hati dan perasaan orang ramai perlu dijaga. Rakyat tolong rakyat. Kami tak mahu ada yang kelaparan dan sanggup bunuh diri,” katanya lagi.
Jelasnya, kita semua sudah cukup tertekan, cara terbaik adalah untuk semua berusaha membantu mengurangkan tekanan.
Akurnya, dia sendiri sedih melihat masyarakat yang terputus bekalan makanana dan faham rakyat Malaysia bukan jenis yang suka meminta-minta.
“Semua orang hendak kerja dan tidak mengharapkan duit kerajaan. Malah sudah bermacam-macam usaha diikhtiarkan. Siapa yang tidak tertekan memikirkan anak di rumah kelaparan, sakit selain rindu ibu dan ayah di kampung.
”Bonda hormat DSV sebab niat dia bagus nak beri motivasi pada rakyat Malaysia, tetapi rakyat kita tidak perlu motivasi begitu saat ini, bimbang mereka akan lebih tertekan lagi,” kongsi Bonda Rozita di akaun Instagramnya.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]