
Pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew berkongsi perkembangan terkini kesihatan bapanya yang dilaporkan semakin merosot akibat barah perut.
Dalam perkongsian terbaharu Ebit di akaun Facebooknya, diberi kebenaran menziarahi bapanya walaupun masih dalam tempoh kuarantin selepas pulang dari Gaza.
“Pohon doakan buat ayah saya ya. Doktor kata kanser perut sudah di peringkat terakhir. Menanti hari, kanser sudah merebak. Semoga Allah mudahkan buat ayah saya.
“Dapat izin tengok sekali dan sekejap saja tapi pakai peralatan perlindungan diri (PPE) penuh dan ujian covid negatif. Terima kasih Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Lama lagi kuarantin,” katanya dalam perkongsian tersebut.
Beliau turut memohon maaf kerana tidak dapat menjaga bapanya yang sedang sakit dan mengucapkan terima kasih kepada adik-beradiknya kerana menjaga bapa mereka dengan baik.
Ebit yang baru pulang dari misi kemanusiaan di Gaza, Palestin turut terkenang amanat bapanya yang meminta dia meneruskan misi membantu insan yang dalam kesusahan.
“Terima kasih bapak atas segalanya. Ya Allah jika ada pahala atas sedikit kebaikan yang kulakukan. Aku hadiahkan semuanya buat bapak. Hilangkanlah sakitnya. Janganlah bapak rasa sakit tu. Terima kasih ya Allah,” ujarnya.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]