Miss Malaysia World bantu kempen pulihara alam sekitar

Miss Malaysia World bantu kempen pulihara alam sekitar

Priyaa Simmi meneruskan kempen yang dimulakan sejak 2020 itu untuk menggalakkan pemilik perniagaan menerapkan gaya hidup mesra alam sekitar.

Priyaa Simmi mengingatkan orang ramai akan pentingnya memelihara alam sekitar. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR:
“Sekarang Julai, jangan lupa ia bulan bebas plastik,” kata Priyaa Simmi mengingatkan orang ramai dan juga komuniti perniagaan.

Pemenang Miss Malaysia World 2019/2020 itu meneruskan kempen yang dimulakan sejak 2020 itu untuk menggalakkan pemilik perniagaan menerapkan gaya hidup mesra alam sekitar.

Kempen itu satu inisiatif global untuk menggalakkan jutaan orang bersama-sama mengatasi masalah pencemaran plastik, ke arah mewujudkan jalan raya, lautan dan komuniti yang lebih bersih.

Priyaa percaya mendidik masyarakat global mengenai kesan buruk penggunaan plastik sekali guna terhadap alam sekitar harus bermula dengan komuniti setempat.

Oleh itu, beliau akan bekerjasama dengan Zero Waste Malaysia untuk menganjurkan bengkel percuma mendidik pemilik perniagaan bagaimana mereka dapat memanfaatkan perniagaan yang mesra alam sekitar.

“Saya berharap perniagaan akan meraih keuntungan di samping usaha mewujudkan perniagaan mesra alam sekitar akan berterusan dan tidak hanya ketika kempen itu,” kata Priyaa.

Priyaa berkta beliau juga telah bekerjasama dengan seorang lagi rakan melancarkan perniagaan EcoQueen bertujuan mendidik orang ramai dan mempromosikan kepentingan gaya hidup lestari dan sifar sisa sampah.

Katanya, EcoQueen sebuah pasar raya yang menghimpunkan produk mesra alam sekitar di bawah satu bumbung.

“Pembeli dalam talian boleh membeli produk penjagaan diri, kecantikan dan gaya hidup dan buat pilihan lebih baik sambil membantu planet,” tambahnya.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.