Peminat teruja adakah Fazura sudah berhijab?

Peminat teruja adakah Fazura sudah berhijab?

Penampilan bertudung Nur Fazura sejak kebelakangan ini mengundang tanda tanya di kalangan peminat sama ada dia sudah berhijrah.

Fazura sering memuat naik video dan gambarnya mengenakan hijab di Instagram.

Penampilan sopan pelakon, Nur Fazura yang sering mengenakan hijab sejak kebelakangan ini, mencuri perhatian netizen yang tertanya-tanya sama ada dia kini memilih untuk berhijrah.

Ia boleh dilihat menerusi beberapa hantaran gambar dan video yang dimuat naik di akaun Instagram selebriti berusia 38 tahun itu.

Perkara itu sekali gus menjadi buah mulut peminat yang begitu teruja menantikan berita gembira penghijrahan artis kesayangan mereka dengan imej muslimah.

Rata-rata daripada peminatnya meninggalkan kata-kata positif di ruang komen sambil mendoakan supaya Nur Fazura terus istiqamah.

“Comelnya. InsyAllah saya doakan Fazura akan bertudung penuh nanti,” tulis seorang netizen.

“Cantiknya bertudung. Semoga terus istiqamah Fazz,” tulis seorang lagi netizen.

Sebelum ini, pelakon itu dikatakan hanya mengenakan hijab sepanjang bulan Ramadan pada setiap tahun namun kali ini ia agak berbeza.

Pada 1 Syawal lalu, dia sempat memuat naik sekeping gambar berhijab dengan berpakaian serba merah jambu bersama suami, Fattah Amin dan anak mereka, Nur Fatima Aisya.

Akaun media sosialnya itu sekali lagi dibanjiri dengan komen peminat yang kagum dan tertarik dengan keayuannya.

Bagaimanapun, sehingga kini, Nur Fazura tidak membuat sebarang pengesahan secara terbuka mengenai perkara itu.

Menerusi satu temu bual bersama media ketika Ramadan lalu, dia menyifatkan soal pemakaian tudung adalah terlalu peribadi dan dia tidak akan membuat sebarang pengumuman walaupun bersedia untuk berhijrah.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.