Siti lancar Tabung Bantuan Khas Palestin & Covid-19

Siti lancar Tabung Bantuan Khas Palestin & Covid-19

Tabung bantuan khas tersebut bertujuan mengumpul dana untuk beberapa tujuan khusus seperti isu Palestin, Covid-19 dan bantuan kebajikan lain.

Siti lancar Tabung Bantuan Khas Palestin & Covid-19 tengahari tadi.
KUALA LUMPUR:
Tepat jam 12 tengahari tadi, penyanyi tersohor negara Datuk Seri Siti Nurhaliza, 42, telah melancarkan Tabung Bantuan Khas Palestin & Covid-19 di platform Kita Fund.

Menurut Siti, ia adalah kesinambungan daripada Dana PKP Siti Nurhaliza yang diusahakan tahun lalu yang mana ia dikenali dengan nama baharu khusus untuk bantuan khas terkini iaitu Tabung Bantuan Khas Palestin dan Covid-19 dengan kerjasama Yayasan Nurjiwa & CTDK Holdings.

“Apa jua usaha yang saya, suami, anda dan kita semua lakukan, saya yakin niat dan fokus adalah sama dan tidak ada lain kerana Allah SWT. Dia Maha Mengetahui. Apa yang kita usahakan adalah dari niat dan keikhlasan dan tiada apa-apa kepentingan peribadi,” ujar Siti.

Menurut Siti, tabung bantuan khas tersebut bertujuan bagi mengumpul dana untuk beberapa tujuan khusus seperti isu Palestin, Covid-19 dan lain-lain bantuan kebajikan dan keperluan semasa.

“Dana ini adalah untuk memberi bantuan kecemasan, kebajikan, kemanusiaan dan pembangunan bagi rakyat Palestin.

“Bantuan khas Covid-19 meliputi bantuan kelangsungan hidup kepada barisan hadapan dan juga mangsa atau keluarga mangsa Covid-19 yang menghadapi masalah dan sebagainya serta bantuan kebajikan lain,” katanya.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.