Peminat teruja Lizzy bernyanyi, ramai pula yang minta lagu

Peminat teruja Lizzy bernyanyi, ramai pula yang minta lagu

Elizabeth Tan sekali lagi mencuri perhatian peminatnya apabila dia memuat naik video menyanyi sambil memetik ukulele di akaun Instagramnya.

Dengan suara lemak merdu, Lizzy mendendangkan lagu yang ditulisnya 7 tahun lalu. (Gambar Instagram)

Sejak bergelar isteri ramai yang patah hati dengan penyanyi, pelakon dan model Elizabeth Tan sehingga beratus peminatnya sudah tidak lagi mengikuti atau ‘unfollow’ akaun Instagramnya.

Namun, Elizabeth atau lebih mesra dengan panggilan Lizzy tidak pernah berasa hati malah masih terus berkongsi pelbagai aktiviti hariannya buat peminat yang sentiasa setia mengikuti perkembangannya.

Terbaru, Lizzy sekali lagi mencuri perhatian pengikutnya apabila dia memuat naik video menyanyi sambil memetik ukulele di akaun Instagramnya.

Menurut Lizzy, lagu tersebut merupakan lagu yang ditulis tujuh tahun lepas. Paling menarik ia merupakan lagu dalam Bahasa Malaysia yang pertama kali ditulisnya.

“By the way, lagu ni Lizzy tulis 7 tahun lepas. Ini lagu Bahasa Malaysia pertama yang Lizzy pernah tulis,” ujarnya.

Dengan suara lemak merdu, Lizzy begitu bersahaja mendendangkan lagu tersebut hingga membuatkan ramai peminatnya terpukau dan sekali lagi ‘jatuh hati’ dengan penyanyi yang berusia 28 tahun itu.

“Lama tak nyanyi dengan ukulele. Ada apa-apa lagu korang nak Lizzy cover tak?” tulis Lizzy.

Pelawaan Lizzy itu ternyata mendapat sambutan hangat dari pengikutnya dengan ratusan komen yang rata-rata memuji kelunakan suara Lizzy dan meminta dia menyanyikan lagu pilihan mereka.

“Nak request (minta) lagu Seri Dewi Malam Lizzy”, ujar seorang peminatnya.

Tidak kurang juga yang meminta Liza cuba memainkan alat muzik lain pula.

“Lizzie, cubalah main instrument lain pulak…bass clarinet ke? pinta seorang lagi pengikutnya.

Sememangnya rata-rata netizen terhibur dengan perkongsian terbaharunya itu yang sehingga kini ditonton sebanyak 144,341 kali di akaun Instagram tersebut.

Elizabeth Tan pernah bergelar finalis Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-30 menerusi lagu ‘Knock knock’ dan AJL ke-31 menerusi lagu Setia.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.