Lizzy sumbang separuh ‘gaji’, bantu masyarakat terjejas

Lizzy sumbang separuh ‘gaji’, bantu masyarakat terjejas

Elizabeth Tan ingin membantu mereka yang terkesan akibat pandemik dengan menyumbangkan sebahagian daripada pendapatan bulan ini.

Lizzy prihatin terhadap mereka yang terjejas akibat pandemik. (Gambar Instagram)
PETALING JAYA:
Penyanyi dan pelakon Elizabeth Tan ingin menyumbangkan sebahagian daripada pendapatan bulan ini kepada mereka yang terkesan akibat pandemik Covid-19.

Menerusi hantaran video di Instagramnya, Elizabeth Tan atau lebih mesra dengan panggilan Lizzy meminta mereka yang terjejas dan memerlukan bantuan untuk menghubunginya.

“Lizzy nak cuba membantu sesiapa yang memerlukan, jadi bulan ini Lizzy bercadang untuk memberikan 50 peratus dari pendapatan untuk membantu anda.

“Jadi jika anda memerlukan bantuan, anda boleh mesej (DM) nombor akaun anda kepada Lizzy,” ujarnya.

Namun, dia turut menegaskan bahawa tidak dapat membantu semua dan meminta agar orang ramai bersikap jujur dan tidak mengambil hak orang yang benar-benar memerlukan.

“Tapi Lizzy tak boleh nak tolong semua orang, jadi Lizzy minta anda semua berlaku jujur.

“Banyak sangat keluarga yang tak cukup makan, jangan ambil hak mereka,” katanya lagi.

Rata-rata netizen memuji usaha murni penyanyi itu sehingga video tersebut mendapat sebanyak 38.9 ribu tontonan.

Terdahulu, Lizzy turut menyuarakan rasa kecewa terhadap peningkatan kes jangkitan Covid-19 sehingga kerajaan terpaksa melaksanakan sekatan perjalanan sekaligus menyebabkan ramai yang terjejas.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.