
Umat Islam yang kini memasuki fasa terakhir Ramadan pastinya sibuk mempertingkatkan amalan masing-masing terutama bagi mencari malam Lailatul Qadar.
Sepanjang Ramadan juga, ramai selebriti tidak mahu melepaskan peluang merebut ganjaran berpuasa termasuk mengenakan pemakaian sopan dan berhijab bagi menghormati kemuliaannya.
Semalam, penyanyi dan pelakon, Elizabeth Tan, turut mencuri perhatian peminatnya di media sosial dengan gelagat spontannya mengenakan selendang.
Perkongsian terbaru di akaun Instagramnya menunjukkan video ringkas Elizabeth yang lebih mesra disapa sebagai Lizzy, mengenakan sehelai selendang yang dililit ke kiri dan kanan.
Dia juga berusaha untuk tampil sopan apabila kelihatan cuba menutup kain selendang itu pada bahagian dadanya.
Gelagat yang kelihatan bersahaja dalam video itu mengundang beratus komen daripada pengikut yang rata-rata memuji keayuan serta kecantikan penyanyi itu.
Sehingga kini, video terbabit yang turut ditulis keterangan ‘Sempena Ramadan…Tiberss’ ditonton sebanyak 327,542 kali di akaun Instagram tersebut.
Biarpun tindakannya berkenaan bukanlah dianggap serius, namun ia tetap menjadi bualan peminat yang sentiasa setia mengikuti perkembangan terkini artis kesayangan mereka itu.
“Cantiknya Lizzy…,” puji seorang pengikut.
“Pakai alas meja pun cantik..,” tulis seorang pengikut yang berseloroh.
Terdahulu, Lizzy yang berusia 28 tahun membuat kejutan kepada peminatnya apabila berkahwin dengan ahli perniagaan, Siew Jim di Gombak, Selangor pada Mac lalu.
Berita perkahwinannya itu menyebabkan ramai peminat lelakinya ‘patah hati’ hingga ada yang tidak lagi mengikutinya di Instagram.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]