Adele habis berjuta untuk miliki tubuh ramping

Adele habis berjuta untuk miliki tubuh ramping

Khabar angin mengatakan Adele berbelanja lebih kurang 5 juta USD untuk miliki penampilan seperti sekarang.

Adele berusaha keras untuk kelihatan ramping dan menarik. (Gambar fail)

Penyanyi Adele dianggap berjaya melalui program diet hingga kehilangan 45kg.

Sewaktu hadir di rancangan Saturday Night Live pada 24 Oktober 2020, dia tampil berbeza dan memulakan bicara dengan ungkapan gurauan.

“Saya tahu saya nampak sangat berbeza, sejak kali terakhir kamu melihat saya. Tapi sebenarnya, kawalan pergerakan akibat Covid-19 membuatkan saya harus bergerak dengan ringan dan hanya membawa setengah dari diri saya.

“Dan ini adalah setengah dari diri saya yang saya pilih untuk dibawa,” guraunya.

Namun, bukan hanya susuk tubuhnya yang kelihatan susut, tetapi bentuk wajah Adele juga nampak berbeza, kelihatan lebih runcing.

Khabar angin mengatakan bahawa untuk mendapatkan penampilan seperti Adele ini, perbelanjaan yang harus dikeluarkan adalah lebih kurang 5 juta USD.

“Dia (Adele) tampak hebat dan dengan mudah mendapatkan penampilan ini kerana penurunan berat badan,” kata pakar bedah selebriti dunia, Dr Dave E. David.

Menurut David penampilan hidung Adele yang kelihatan makin mancung itu kemungkinan tanpa perlu pembedahan kerana “filler” atau botox di sekitar mata dan rahangnya.

“Sebelum ini, dia memang sangat cantik, tetapi tiada siapa yang tahu dia sebenarnya memiliki struktur tulang simetri,” ujar David.

Penyanyi berusia 32 tahun itu sememangnya melakukan berbagai tindakan estetika akibat program menurunkan berat badan. Kulitnya juga kehilangan keanjalan sehingga harus dibuang sebahagiannya.

Selain itu, Adele juga membuat berbagai rawatan kecantikan seperti rawatan selulit, rawatan sel wajah dan laser pada tanda regangangnya (stretch mark), rawatan pengelupasan wajah menggunakan berlian dan ruby serta pembekuan lemak.

Selain menghabiskan ribuan dolar untuk setiap perawatan, Adele juga berbelanja besar untuk penata rias, penata rambut, chef dan ahli nutrisi, doktor kulit, serta pelatih peribadinya.

Malah, dikatakan dia turut menghabiskan ribuan wang untuk kelas yoga dan gym peribadi.

Dia bekerja sangat keras di gym, dan tidak peduli dengan apa yang dikatakan masyarakat tentang penampilan dirinya sekarang.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.