Jennifer Lopez akur 2 perkara penting sewaktu hadapi pandemik

Jennifer Lopez akur 2 perkara penting sewaktu hadapi pandemik

J.Lo mengaku selalu mengutamakan kesihatan bagi dia dan keluarganya.

Jennifer Lopez menjadikan kesihatan perkara paling penting sewaktu hadapi pandemik. (Gambar AFP)

Siapa saja yang tidak terkesan dengan pandemik Covid-19 yang sedang melanda dunia ini.

Penyanyi popular Amerika Syarikat, Jennifer Lopez turut mengaku sangat terkesan dan terbeban menghadapi keadaan ini.

Namun, di sebalik semua itu, J.Lo memiliki pandangan dan cara tersendiri untuk menghadapi pandemik.

Perkara paling penting yang diutamakan adalah kesihatan. J.Lo mengaku selalu mengutamakan kesihatan bagi dia dan keluarganya.

“Kesihatan menjadi perkara nombor 1. Kita mungkin tidak boleh meluangkan masa bersama kerana kondisi ini, tapi kesihatan adalah perkara paling penting dan menjadi keutamaan,” ujar Jennifer.

Sememangnya dia sangat menitik beratkan soal kesihatan malah, semasa melakukan pengambaran J.Lo amat serius dalam mengamalkan SOP yang sangat ketat.

“Semasa pengambaraan, semua orang wajib mematuhi SOP, termasuk melakukan ujian calitan, memakai pelindung wajah, dan menjaga jarak sosial,” katanya.

Menurut J.Lo jika ingin bekerja dengan keadaan tenang, semua orang harus mematuhi SOP.

“Mudah-mudahan semuanya akan cepat kembali normal,” katanya.

Malah, dia turut sudah bersedia untuk menerima vaksin yang sudah berada di Amerika Syarikat serta bersedia memberi apa juga bentuk bantuan yang diinginkan agar keadaan kembali normal.

“Saya ingin mendapatkan vaksin. Saya ingin menyumbang apa juga jenis bantuan agar kita semua dapat bekerja semula dan menjalani kehidupan yang normal,” ujar J.Lo lagi.

Walau begitu, J.Lo dan tunangannya, Alex Rodriguez bersyukur kerana masih boleh bekerja sewaktu pandemik. Namun, dia tetap perlu mengalami beberapa perubahan bersama anak kembarnya Maximillian dan Emme (12).

“Pandemik ini memang sukar buat anak-anak untuk melakukan pembelajaran secara “virtual”. Mereka sangat merindui kawan-kawan dan ini memberikan sedikit tekanan kepada mereka,” jelasnya.

Perkara kedua yang penting bagi J.Lo adalah waktu bersama keluarga. Baginya, hikmah di sebalik pandemik adalah kesempatan meluangkan masa berkualiti bersama keluarganya.

“Selain kesihatan, waktu sekarang amat berharga dan penting untuk bersama keluarga.

“Masa ini memberikan saya lebih banyak waktu untuk diluangkan bersama keluarga dan anak-anak, inilah hikmah pandemik” ujarnya.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.