
Ramai akur pandemik Covid-19 memberi kesan kepada semua, industri kreatif tidak terkecuali sehingga memaksa karyawan seni mencuba pelbagai bidang lain untuk meneruskan kelangsungan hidup.
Bagi pasangan suami isteri pelakon Ezzaty Abdullah dan Azwan Kombos, pula mengambil keputusan untuk meneruskan kembali perniagaan mi udang yang diusahakan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pertama dahulu.
Melihat kepada kewangan yang semakin menyusut dan perniagaan spa yang tidak dapat dibuka membuatkan pasangan ini memulakan semula perniagaan mi udang mereka.
“Alhamdulillah, sambutan masih menggalakkan namun, kali ini kami hadkan pesanan kepada 60 pesanan sehari saja.
“Malah, untuk penghantaran pula kami akan merujuk kepada pihak berkuasa sebelum menghantar sendiri pesanan pelanggan,” ujarnya.
Menurut mereka lagi, sebelum ini mereka menggunakan khidmat penghantar namun kini mereka lebih selesa menghantar sendiri pesanan pelanggan dan akan mendapatkan surat kebenaran dari pihak berkuasa terlebih dahulu bagi mengelakkan dari melanggar undang-undang.
Selain itu, pasangan suami isteri ini turut mengusahakan produk pes sambal serba guna.
Drama lakonan Ezzaty, Rahimah Tanpa Rahim dan The Maid sedang ditayangkan di TV3 dan Astro.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]