
Menurut Khai, dia sudah beberapa kali menyanyi bersama Aina dalam program TV. Malah, ramai peminat yang membuat permintaan untuk mereka menghasilkan lagu duet.
“Alhamdulillah, segalanya dipermudahkan untuk kami menghasilkan lagu ini bersama-sama. Sememangnya kami sudah lama merancang untuk berkolaborasi dan amat teruja untuk melancarkan lagu ini tidak lama lagi,” ujar Khai.
Namun begitu, pemilihan duet bersama Aina Abdul mungkin memberi sedikit kekecewaan buat peminat yang juga ingin Khai bersatu semula bersama Siti Nordiana selepas kejayaan lagu Satukan Rasa tahun lalu.
“Sememangnya ada yang ingin saya dan Siti Nordiana berduet semula tetapi ada juga yang mencadangkan saya berkolaborasi dengan penyanyi lain pula.
“Sejujurnya, saya amat bertuah kerana diberi peluang untuk berduet dengan semua penyanyi hebat ini termasuklah Datuk Seri Siti Nurhaliza,” kata Khai lagi.
Malah, Khai menambah, setiap rakan duetnya mempunyai keistimewaan tersendiri dan bekerjasama dengan ramai orang membolehkan dia mengutip pengalaman baharu.
Single berentak balada itu dianggap hadiah buat peminat yang sudah lama menunggu dan ianya akan disertakan bersama video muzik.
“Lagu ini adalah hadiah buat semua dan saya berharap ia dapat diterima baik. Terima kasih di atas sokongan kepada saya,” ujarnya.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]