
Perkara tersebut dimaklumkan oleh pengurusnya, Adlina Abu Bakar yang turut mendedahkan dirinya negatif Covid-19 selepas membuat ujian calitan Sabtu lalu.
Menurut Adlina lagi, ibu bapa serta adik bongsu Alif kini dirawat di Hospital Sungai Buloh.
Alif kini dirawat dan menjalani kuarantin di sebuah pusat perubatan di Melaka.
Menurut Adlina, isteri Alif, Sha Dila Hadid dan anak-anak mereka iaitu Alisha Anugerah, 5, Ariana Mecca, 3 dan Muhammad ‘Ali, 1, juga sudah menjalani ujian calitan hari ini dan sedang menunggu keputusan.
“Alif kini sedang menjalani rawatan seperti biasa di hospital dan tidak menunjukkan apa-apa simptom. Alif meminta semua mendoakan agar keluarganya terhindar dari jangkitan virus tersebut dan mereka berada dalam keadan sihat.
“Terima kasih kepada semua pihak yang tidak putus mendoakan dan memberi sokongan moral,” katanya.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]