Bunga dan Ali Gatie berkalaborasi dalam “Welcome Back” versi Bahasa Melayu

Bunga dan Ali Gatie berkalaborasi dalam “Welcome Back” versi Bahasa Melayu

Lagu asal “Welcome Back” dinyanyikan oleh Ali Gatie dan Alessia Cara telah dilancarkan pada September lalu dan kemunculan Bunga dalam versi baharu ini merupakan projek kolaborasi Ali Gatie bersama wakil dari Malaysia.

Bunga berharap, para pendengar dapat menerima lagu ‘Welcome Back” dalam versi Bahasa Melayu. (Gambar Instagram)

Penyanyi rapper wanita, Bunga Isme atau nama sebenarnya, Noor Ayu Fatini, 20, terharu diberi peluang untuk menyanyikan semula lagu “Welcome Back” bersama artis antarabangsa, Ali Gatie dalam versi Bahasa Melayu.

Lagu asal “Welcome Back” dinyanyikan oleh Ali Gatie dan Alessia Cara telah dilancarkan pada September lalu dan kemunculan Bunga dalam versi baharu ini merupakan projek kolaborasi Ali Gatie bersama wakil dari Malaysia.

Bunga berkata dia amat terharu diberi peluang menyanyikan semua lagi “Welcome Back” bersama artis kesukaannya, Ali Gatie. Malah, kerana lagu tersebut antara kesukaannya menjadikan penghasilan lagu itu begitu mudah.

“Saya berharap, para pendengar dapat menerima dan menikmati lagu ‘Welcome Back” dalam versi ini,” ujar Bunga.

Lirik untuk versi baharu ini ditulis sendiri oleh Bunga, direkodkan oleh Amzar Sabri dan dihasilkan oleh Rozhan Razman dari Playspace.

Lagu “Welcome Back, kaloborasi Bunga dan Ali Gatie ini boleh didengari di laman YouTube Warner Music Malaysia.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.