Gara-gara Covid-19, Inul terpaksa buang 1,500 orang pekerjanya

Gara-gara Covid-19, Inul terpaksa buang 1,500 orang pekerjanya

Inul mempunyai 60 pusat karaoke di seluruh Indonesia terpaksa menutup pusat karaoke miliknya di Jakarta kerana menanggung kerugian yang banyak sepanjang pandemik Covid-19.

Inul terpaksa menggunakan wang simpanannya untuk membayar gaji pekerja seramai 8,000 orang. (Gambar Instagram)
JAKARTA:
Berikutan dengan pandemik Covid-19 yang melanda dunia sekarang ini, Idul Daratista terpaksa menutup 20 cawangan pusat karaoke di Jakarta dan memberhentikan kira-kira 1,500 orang pekerjanya.

Penyanyi dangdut popular Indonesia itu mempunyai 60 pusat karaoke di seluruh Indonesia terpaksa menutup pusat karaoke miliknya di Jakarta kerana menanggung kerugian yang banyak sepanjang pandemik Covid-19.

Inul juga mengaku terpaksa membayar gaji seramai 8,000 orang pekerjanya sepanjang pandemik ini menggunakan wang simpanannya.

“Kalau terus bertahan, sudah pasti lebih banyak kerugian yang akan dialami kerana tidak ada pendapatan, tak ada untung. Saya banyak keluarkan wang sendiri untuk bayar gaji pekerja.

“Maaf, saya terpaksa memberhentikan pekerja di Jakarta soalnya sudah lapan bulan tidak beroperasi. Di daerah lain sudah mula beroperasi. Satu cawangan ada 75 pekerja, kalau 20 itu kiralah sendiri,” ujarnya.

Inul berharap pekerja turut memahami yang sedang dilalui olehnya ketika pandemik ini kerana dia sudah tidak dapat bertahan untuk menampung kos tersebut.

Pada Mac lalu, Inul pernah berkongsi di Instagram mengenai penutupan sementara 60 pusat karaokenya di seluruh Indonesia.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.