Agong dan permaisuri zahir ucapan Maulidur Rasul

Agong dan permaisuri zahir ucapan Maulidur Rasul

Rasulullah saw merupakan pemimpin terbaik sepanjang zaman yang patut dicontohi setiap umat Islam. Marilah kita bersama mencontohi sikap dan sunnah Rasulullah saw dalam kehidupan harian kita.

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan selamat menyambut Maulidur Rasul kepada seluruh rakyat Malaysia beragama Islam.

Ucapan itu dimuat naik menerusi hantaran akaun Instagram Istana Negara hari ini.

“Rasulullah merupakan pemimpin terbaik sepanjang zaman yang patut dicontohi setiap umat Islam. Marilah kita bersama mencontohi sikap dan sunnah Rasulullah dalam kehidupan harian kita.

“Mari lah kita juga bersama memperbanyakkan selawat ke atas Baginda SAW. Semoga kita beroleh syafaat dari Baginda di padang Mashyar kelak,” menurut hantaran tersebut.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.