
London: Selepas berehat seketika akibat positif Covid-19 pada awal bulan ini, pelakon Robert Pattinson kembali semula ke lokasi penggambaran filem The Batman.
Robert menjalani penggambaran untuk babak arahan Matt Reeves bergandingan bersama Zoë Kravitz yang memegang peranan sebagai Selina Kyle dan Catwoman.
Penggambaran filem adiwira The Batman yang tergendala pada Mac lalu akibat bintang utamanya, Robert Pattinson positif Covid-19 kini, disambung semula.
Menurut jurucakap Warner Bros Pictures, filem terbabit kini disambung semula di studio di luar London, United Kingdom.
“Selepas sesi penggambaran ditangguhkan bagi menjalani proses kuarantin, kini The Batman kembali diteruskan,” katanya kepada portal Variety.
Turut kelihatan adalah pelakon Colin Farrell yang memegang peranan sebagai Penguin dan penampilannya dengan solekan kesan khas nyata berbeza sehingga tidak dapat dikenali.
Sebelum Robert kembali, produksi The Batman sudah memulakan semula penggambaran pada 17 September lalu.
The Batman sepatutnya ditayangkan pada Jun tahun depan tetapi ditunda ke Oktober. Namun, akibat pelbagai kekangan lain, tarikh tayangannya ditunda lagi ke 4 Mac 2022.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]