
Pengacara yang juga isteri kepada John Legend, Chrissy Teigen kembali di Instagram. Selepas hampir dua minggu menyepi, dia dilihat muncul menulis komen di akaun Instagram perkongsian lucu sebuah media antarabangsa.
Di ruangan komen, dia menulis: “Akhirnya. Ada yang buat saya ketawa. Terima kasih.”
Ramai netizen yang memberi respon kepada komennya dan mengucapkan selamat serta doa kepadanya.
John dan Chrissy kehilangan cahaya mata ketiga mereka pada 30 September lalu, sebulan selepas mereka mengumumkan mengenai jantina bayi lelaki yang diberi nama Jack itu.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]