Penyanyi ‘I Am Woman’, Helen Reddy meninggal dunia pada usia 78 tahun

Penyanyi ‘I Am Woman’, Helen Reddy meninggal dunia pada usia 78 tahun

Penyanyi kelahiran Australia ini telah berpindah ke Amerika Syarikat pada usia 20 tahun selepas memenangi pertandingan nyanyian.

Helen mencipta nama sebagai penyanyi wanita terbaik dunia pada 1973-1974. (Gambar AP)
SYDNEY:
Helen Reddy, penyanyi lagu “I Am Woman” meninggal dunia pada usia 78 di Los Angeles pada Selasa, 29 September lalu.

“Dia adalah wanita yang mengagumkan. Walau kami bersedih di atas pemergiannya tetapi kami tahu suaranya akan tetap ‘hidup’ selamanya,” tulis anak-anak Helen melalui paparan di akaun Facebook mereka.

Penyanyi kelahiran Australia ini telah berpindah ke Amerika Syarikat pada usia 20 tahun selepas memenangi pertandingan nyanyian. Pada 1971, lagu “I Don’t Know How To Love Him” telah mengangkat kejayaan buat Helen.

Pada 1972, lagu beliau bertajuk “I Am Woman” telah naik ke tangga pertama di Billboard Hot 100. Dia juga memenangi penghargaan Grammy untuk lagu tersebut bagi kategori Persembahan Pop Vokal Wanita Terbaik.

Helen juga menjadi pengacara rancangan “The Helen Reddy Show” dan pernah membintangi beberapa buah filem di Hollywood.

Helen kemudian bersara pada 2002 dan pada 2015, dia dikesan mengidap dementia.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.