
Sebuah arca baru berupa teko gangsa raksasa bercorak dam telah dilancarkan di Dataran Smithfield baru-baru ini.
Arca, bertajuk Smithfield Utah itu dicipta oleh artis Alan Butler. Ia secara rasmi dilancarkan oleh Lord Mayor Dublin Alison Gilliland.
Ia adalah yang kedua dari enam arca baharu yang dicipta sebagai sebahagian daripada inisiatif Sculpture Dublin, Majlis Bandaraya Dublin.
Karya ini diilhamkan dari bentuk Utah Teapot, teko ‘maya’ yang direka oleh ahli matematik Martin Newell di Utah pada tahun 1975.
Susulan “proses pentauliahan yang kompetitif”, Alan Butler dipilih untuk mencipta karya yang dapat membantu memberi definisi kepada ruang dan memungkinkan hubungan yang lebih akrab antara penduduk, pekerja, pelancong, pengguna komuter dan kejiranan di pusat bandar, kata Sculpture Dublin.
Lokasi Smithfield Square Lower dipilih berikutan perundingan awal dan tinjauan ke lokasi yang dilakukan pada tahun 2019.
Pengarah Program Sculpture Dublin Karen Downey berkata: “Penentuan Smithfield Square Lower sebagai lokasi pameran sangat menarik dan mencabar kerana perubahan ketara yang telah dilalui di kawasan ini.
Lokasi untuk pameran terbaru itu telah dikenal pasti di setiap 5 Kawasan Pentadbiran Tempatan Majlis Bandaraya Dublin.
Arca juga akan dicipta untuk Taman Rakyat Ballyfermot yang baru, Ballyfermot; Taman Bushy, Terenure; Smithfield Square Lower, Taman Kildonan di Finglas Barat dan Taman St Anne, Raheny.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]