
Lagenda mengatakan, wira mitos Trojan dari Greco-Roman pernah bertemu paderi wanita dikenali sebagai Sibyl di Cumae untuk mendapatkan pedoman bagaimana untuk ke alam ghaib.
Ini kerana Cumae terletak berhampiran Tasik Avernus, tasik kawah gunung berapi yang dipercayai menjadi pintu masuk ke alam ghaib.
Cave of Sibyl atau Gua Sibyl ditemui oleh ahli arkeologi Itali, Amedeo Maiuri pada 1932, insan yang bertanggungjawab mengkaji kewujudan Pompeii di Rome.
Bentuk seni reka mengagumkan gua tersebut menunjukkan ia berkemungkinan dibina sekitar abad ke-5 sebelum masihi (SM) ketika era Greek.
Pun begitu, Amedeo Maiuri berpandangan pembinaannya bermula lebih lewat iaitu antara abad ke-7 dan ke-8 SM.
Kekurangan bahan dan inskripsi untuk membuktikan tarikh sebenar menjadikan kerja mengenal pasti elemen seni reka bentuk lebih sukar.
Bahagian dalam binaan tersebut terdiri daripada laluan batuan yang dipotong sepanjang 131 meter yang selari dengan muka cenuram.
Dindingnya pula berbentuk trapezoid, dipisahkan oleh enam bukaan yang menerangi bahagian dalam gua tersebut.
Di penghujung laluan tersebut terdapat sebuah bilik berbentuk segi empat tepat dengan laluan di sebelah kirinya yang menuju ke bilik kecil yang dibahagikan pula kepada tiga sel.
Ahli arkeologi percaya ia adalah bilik lagenda di mana paderi wanita Sibyl, mengesahkan ramalannya.
Sebahagian ahli arkeologi lain berpandangan bahawa Sibyl menetap di gua yang berbeza.
Mereka percaya Sibyl tinggal di sebuah kompleks terowong berhampiran Baiae dan mempunyai aliran panas-geotermal bawah tanah yang berkemungkinan mewakili sungai Styx.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]