Arca kepala terapung kembali ke Clyde selepas 33 tahun ‘tenggelam’

Arca kepala terapung kembali ke Clyde selepas 33 tahun ‘tenggelam’

Arca seberat 27 tan itu diapungkan di sungai Clyde dan dipamerkan semula 33 tahun selepas ia disiapkan.

33 tahun selepas ia dibina, arca kepala terapung yang pernah dilupakan, bakal dipamerkan semula di sungai Clyde bersempena ameran Taman Glasgow. (Gambar Colin Hattersley)

Sebuah arca seberat 27 tan berjaya diapungkan di sungai Clyde dan dipamerkan semula selepas 33 tahun ia dibina bersempena Pameran Taman Glasgow.

Arca kepala terapung itu adalah hasil kerja seni artis Richard Groom dan pembikinannya dibantu oleh sekumpulan pembina kapal yang dibuang kerja.

Kewujudan karya seni dari konkrit dan besi sepanjang 7 meter yang tersadai di Rothesay Dock East di tebing utara sungai Clyde itu seolah terpinggir dan dilupakan.

Ia dijejaki semula selepas kematian artis tersebut pada 2019.

Adik kepada Richard Groom, Andy berkata keluarganya begitu tersentuh dengan jumlah peminat yang cukup mengagumi karya mendiang, terutama kepala terapung tersebut.

“Jelas sekali, kami perlu menjejakinya secepat mungkin, memperbaiki dan mengapungkannya.

“Kami mencari dan menemui Ian Henderson, pemilik kepala tersebut yang memberi kami peluang untuk mempamerkannya semula kepada orang ramai,” katanya.

Ukiran arca tersebut akan ditambat di Canting Basin, bersebelahan Pusat Sains Glasgow, sehingga 6 Oktober.

Ia sekali gus akan menjadi bahan pameran utama bersempena Hari Terbuka Glasgow dan diharapkan ada pihak yang akan tampil untuk memberikan ruang yang lebih kekal.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.