Beg tangan terbaharu Louis Vuitton curi perhatian netizen

Beg tangan terbaharu Louis Vuitton curi perhatian netizen

Ini kerana rekaan beg tangan yang baharu saja dilancarkan itu berbentuk sebuah kapal terbang.

Beg tangan Louis Vuitton berbentuk pesawat yang baru dilancarkan. (Gambar Twitter @saint)

Tren semasa sering bergerak pantas, pelbagai keunikan dicipta seiring dengan fesyen dan gaya terkini.

Jenama fesyen Louis Vuitton turut tidak ketinggalan dan terbaharu fesyen keluaran beg tangannya yang unik mencuri perhatian.

Ini kerana rekaan beg tangan yang baharu saja dilancarkan itu yang berbentuk kapal terbang, ternyata menjadi bualan.

Karya pereka Virgil Abloh untuk koleksi Fall-Winter 2021 ini mempamerkan warna dan logo khas Louis Vuitton. Lebih menarik ia dilengkapi sayap, mesin pesawat dan cermin kokpit.

Namun, harganya yang agak mahal iaitu dijual USD 39,000 menjadi perbualan nitizen.

Gambar-gambar beg tangan ini telah dikongsi pada akaun Twitter @saint dan telah menerima pelbagai komen dari warganet.

“Serius? Adakah ia boleh terbang?” tanya seorang nitizen.

“Untuk harga yang sebegini, lebih baik jika beg ini juga boleh terbang,” komen seorang lagi.

Malah, ada juga yang membandingkan harga beg tangan tersebut dengan kapal terbang sebenar.

“Kamu boleh saja membeli kapal terbang sebenar dengan harga yang lebih murah,” tulis seorang warganet sambil menunjukkan gambar pesawat Cessna.

Kapal terbang Cessna yang dimaksudkan adalah Pesawat Cessna 150H Single-Engine keluaran tahun 1968 dan berharga USD 32,300, lebih murah dari harga beg tangan keluaran terbaharu Louis Vuitton itu.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.